BIAR sehebat atau secantik mana pun fesyen berhijab, namun tudung jenis bawal tetap ditagih peminat setianya.

Walaupun potongan bersifat sederhana tidak kira sama ada bercorak atau polos, ia sentiasa menjadi pilihan teratas wanita yang mementingkan gaya.
Bahkan, ada yang melontarkan pandangan kononnya tudung bawal boleh membuatkan penampilan seseorang nampak lebih muda dan penuh stail.

bawal

Bagaimanapun, pemilik dan pengasas Bawal Exclusive (BE) Sdn Bhd, Haliza Maysuri mahu lebih daripada itu.

Baca ni Tudung bawal on point, beg lip lap, Menteri Pendidikan gayakan hasil tangan Kolej Vokasional. ‘Tak mampu LV, pakai KV’

Pada pandangan Haliza, gandingan bawal dengan kilauan batuan daripada Swarovski akan membuatkan setiap helaian tudung yang disarung tampak lebih eksklusif. Secara peribadi, paduan itu cukup menggoda hati tuan punya badan.

Maka, atas keyakinan tidak berbelah bagi, Haliza memberanikan diri menampilkan kelainan pada tudung bawal keluarannya dengan menjadikan kristal batuan sebagai signatur jenama BE.

Sedikit perkongsian tentang usahawan itu, beliau memulakan jejak langkah dalam dunia perniagaan dengan berjualan di pasar malam sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Berkat usaha gigih dan tidak kenal erti putus asa, akhirnya mencetuskan kejayaan buat beliau yang muncul sebagai pemborong terbesar kristal Swarovski.

Baca lagi Manis bertudung bawal, penampilan anggun Tengku Permaisuri Selangor selepas tunai haji jadi tumpuan warganet

haliza

Bercerita lanjut tentang rekaannya, Haliza memberitahu, bawal dan batuan itu cukup sinonim dengan dirinya.

Sejak dahulu lagi, empunya diri sangat meminati kilauan, nilai, standard dan mutu yang terdapat pada hiasan itu.

“Saya tidak mampu beralih kepada elemen lain selain batuan Swarovski ini. Bagi saya, jenama BE sampai bila-bila tetap sama dan tak akan berubah. Ia menjadi identiti orang Malaysia dan orang Melayu,“ ujarnya ketika ditemu bual SinarPlus baru-baru ini.

Baca lagi Bawal Exclusive perkenal tudung nilai RM100k, termahal di dunia!

Mengenai pemilihan kain tudung pula, label tersebut menggunakan fabrik voile dari Jepun.
Seperti diketahui ramai, material tersebut lebih sejuk, ringan dan selesa. Malah, ia juga mudah menyerap peluh, lembut dan cantik.

Ah! Ditambah pula dengan penggunaan batu-batu Swarovski dengan potongan dan rekaan terkini yang diimport dari Austria. Lihat sahaja pada koleksi BE sempena Aidiladha. Itu sebab BE sentiasa meraih perhatian ramai.

“Walaupun bahan (material) yang digunakan diimport dari luar, namun setiap satu rekaan adalah ciptaan anak tempatan. Di sini, kami mempunyai pasukan yang bertanggungjawab untuk mereka corak sesuatu rekaan.

“Mereka tidak sekadar berpandukan idea atau rekaan pilihan saya semata-mata, mereka bebas mereka cipta,“ kata Haliza yang turut mengaku, sesetengahnya menggunakan desain dari luar negara.

Baca lagiHarga rahmah, kualiti premium. Jenama Kekaboo mahu semua wanita nampak cantik tanpa berbelanja lebih

Sudah adat berniaga, BE tidak lari daripada kritikan. Ungkap wanita berusia 46 tahun itu, biarpun pelbagai kecaman diterima, namun setiap kali koleksi terbaharu dilancarkan, sambutan hangat Muslimah sangat memberangsangkan.

“Saya bersyukur kerana setiap apa yang dikeluarkan saban tahun, pelanggan tidak pernah jemu. Mereka pasti akan membuat pembelian dan situasi itu membuatkan saya bersemangat untuk terus mengekalkan gandingan bawal dan Swarovski.

“Lebih istimewa lagi, pada tahun ini, BE meraikan ulang tahun ke-25 di pasaran, meski berdepan dengan persaingan cukup sengit dengan jenama tudung bawal lain,“ ujarnya.

Iklan

Baca lagi Tak salah nak berfesyen, namun ini trik tepat yang diajar perunding imej jika mahu tampil elegan

 

Hanya orang ‘kayangan’?
Bercerita tentang tanggapan kononnya jenama BE hanya untuk mereka yang bertaraf ‘kayangan‘, sambil tersenyum, Haliza menerangkan keadaan sebenar.

“Begini, setiap pelanggan mempunyai cita rasa tersendiri terutama yang mahu tampil eksklusif. Soal BE dicop jenama untuk golongan ‘kayangan’ dan pernah viral kerana mengeluarkan tudung berharga puluhan atau ribuan ringgit sehelai itu, bukan semua helaian dijual pada harga sedemikian. Ada juga tudung kami boleh dibeli pada harga mampu milik, serendah RM100 sahaja.

bawal

“Mengenai tuduhan beribu-ribu ringgit itu, ia dibuat khas demi memenuhi tempahan pelanggan BE. Apa pun yang berlaku, saya anggap itu semua satu rezeki juga kerana ia membuatkan lebih ramai yang mengenali jenama ini,“ ujarnya.

Jika pembaca SinarPlus perasan, jenama berkenaan tidaklah memilih strategi pemasaran yang terlalu beria-ia.

Seperti kata Haliza, selain bergantung keberkatan dalam perniagaan, pihaknya akan memastikan setiap produk yang dihasilkan adalah berkualiti.

Iklan

Baca lagi ‘Suami pendorong, bimbing & lorongkan jalan…’. Julia Farhana tampil berhijab sepenuhnya, jadikan Bella Dally idola berfesyen!

haliza

“Bila bagus, kemas, cantik dan bermutu, insya-ALLAH, orang ramai pasti akan cari,“ katanya.
Sebelum mengakhiri bicara, SinarPlus sempat meminta isteri kesayangan Rosli Awang itu berkongsi tip menjaga tudung dengan batuan mewah agar tidak mudah rosak apabila kerap dicuci.

“Apabila kita menjual produk yang berkualiti tinggi, tidak akan timbul soal mudah rosak dan sebagainya. Bahkan, tudung BE sangat mudah untuk dijaga.

“Pelanggan juga tidak perlu hantar ke dobi untuk cucian kering, sebaliknya hanya basuhan tangan sahaja. Butiran batu kristal ini juga tidak mudah tertanggal, kekal terletak elok,“ ulasnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang