SIAPA yang tidak panik apabila melihat bayi tiba-tiba berhenti bernafas.

Lebih membimbangkan apabila si manja kesayangan langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Sebaiknya ibu ayah hendaklah segera menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan.

Dalam pada itu, anda juga boleh melakukan bantuan pernafasan bagi menyelamatkan nyawa si kecil tersebut.

Justeru, SinarPlus ingin kongsikan langkah untuk melakukan cardiopulmonary resuscitation atau CPR berdasarkan perkongsian Public Health Malaysia (PHM).

Ujar PHM menerusi satu entri di Facebook, cara tersebut merupakan satu kaedah pertolongan cemas yang diberikan kepada seseorang yang tidak bernafas.

Baca juga: Wanita pakai mekap, perokok, individu tak sihat dan cirit-birit jangan sentuh bayi. Ini mungkin terjadi

 

“Hentikan mitos terbalikkan bayi dan goncang. Lakukan tekanan dada untuk mengepam darah dan oksigen ke otak.

“Ia dapat menyelamatkan nyawa atau elakkan kecacatan kekal,” katanya.

Tambah PNM, teknik yang dilakukan dapat mengekalkan oksigen dalam sistem tubuh anak kecil.

Berikut langkah-langkah yang boleh diambil:
1.Baringkan bayi di atas lantai (permukaan yang rata dan keras).
Lihat sama ada bayi itu bernafas dengan melihat pergerakan dada si kecil tersebut ke atas dan ke bawah.

2.Setelah anda pastikan si kecil anda tidak bernafas, segera telefon talian kecemasan 999.
Sementara menunggu pihak ambulans sampai, lakukan teknik CPR.

Baca juga: Tumor otak dapat dikesan sejak bayi dalam perut. Tiada genetik kanser bukan jaminan si kecil bebas daripada penyakit itu

3.Letakkan dua jari pada dada bayi. Tekan jari sedalam lebih kurang satu setengah inci pada dadanya.
Ingat, jangan tekan terlalu kuat seperti orang dewasa.
Ulang sebanyak 30 kali dengan pantas dan sederhana kuat.

4.Tekan dagu bayi ke belakang sedikit bagi membuka saluran pernafasan.

Baca juga: Sawan, otak rosak, koma, kematian jika beri bayi minum air masak. Banyak lagi bahaya lain

CPR

Iklan

5.Letakkan mulut di atas hidung dan mulut mereka serta bernafas.
Bayangkan paru-paru sebagai belon, jangan bernafas terlalu kuat atau ia akan pecah.
Berikan pernafasan sebanyak dua kali hembusan ke mulut bayi.
Lihat sama ada dada bayi naik sewaktu anda memberikan hembusan.

6.Periksa mulut bayi setiap dua minit jika ada air atau muntah. Mengiringkan si kecil ke tepi jika ada air dalam mulut.

7.Ulang langkah 3 hingga 6 sehingga bayi bernafas atau sehingga ambulans tiba.

Baca juga: Paling rare, 29 minggu bayi ‘ajaib’ membesar celah usus, ibu tak sangka sakit perut luar biasa petanda hamil luar rahim

Tambah PNM, teknik CPR untuk bayi adalah mudah.

Iklan

Namun, impaknya kepada bayi yang tidak bernafas sangat besar kerana ia dapat mengelakkan kecacatan otak dan menghindari kematian.

Malang tidak berbau.

Oleh itu, SinarPlus ingatkan ibu bapa supaya ambil tahu teknik yang boleh dilakukan sekiranya bayi anda tidak sedarkan diri.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang