Berita baik, Bantuan Awal Persekolahan RM150 semua layak tak mengira pendapatan ibu bapa, 5 info mak-mak perlu tahu

A
A
A

Berita baik, Bantuan Awal Persekolahan RM150 semua layak tak mengira pendapatan ibu bapa, 5 info mak-mak perlu tahu SETIAP kali permulaan sesi persekolahan, ibu bapa akan memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli keperluan sekolah anak. Berita baiknya ialah bagi sesi persekolahan 2023/2024, kerajaan bersetuju untuk menyalurkan bantuan awal persekolahan sebanyak RM150.

Pengumuman ini tentu akan meringan beban yang ditanggung ibu bapa dalam membuat persediaan pada tahun hadapan. Berikut lima info berkaitan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2023 anda perlu tahu: 1-IA AKAN DISALURKAN KEPADA SEMUA MURID TANPA MENGAMBIL KIRA HAD PENDAPATAN IBU BAPA 2-BAP AKAN DIAGIHKAN BERMULA JANUARI 2023.

3-“Dengan isu generasi tercicir ekoran kemelut pandemik yang baru berlalu, adalah penting untuk mempersiapkan anak-anak dengan kelengkapan sekolah yang sewajarnya.

4-“Selain keperluan perbelanjaan bagi Rancangan Makanan Tambahan dan pembelian buku teks, Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

5-Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 di Dewan Rakyat.

Bantuan Awal Persekolahan mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.

Mensasarkan murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5, BAP sebelum ini ia mengehadkan penerima daripada kalangan isi rumah berpendapatan bulanan kasar sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa.

Semoga bantuan ini dapat membantu ibu bapa menyediakan keperluan persekolahan kepada anak-anak sekali gus meningkatkan tahap pendidikan ke arah lebih cemerlang dan memperbaiki taraf kehidupan pada masa hadapan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang