‘Bila mak ayah ada hoarding disorder.’ Anak menantu nekad kemas & bersihkan rumah ketika ibu bapa tunai umrah!

KISAH keluarga ini mengundang perhatian ramai apabila anak-anak sepakat mengemas rumah pusaka ketika mak dan ayah menunaikan umrah.

Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi medium TikTok @aainaa.nordin.

Menurut wanita berkenaan, keputusan itu dibuat kerana mereka adik-beradik tidak sanggup melihat banyak barangan yang memenuhi ruang kediaman berkenaan.

Terlebih dulu, pemilik akaun mendedahkan kedua-dua orang tuanya mempunyai masalah ‘hoarding disorder’.

Itulah yang membuatkan kediaman keluarga mereka dipenuhi dengan barang-barang yang tidak diperlukan.

Baca ni ‘Rumah mama paling selamat & disayangi,’ Throwback momen bersama arwah mama, Kilafairy berbakat dekor rumah sendiri. Cantik!

“Mak ayah siapa yang macam ini? Jangan cakap tak kemas ya. Kalau kemas mesti kena marah,” tulisnya.

Perkara pertama yang dilakukan wanita itu adalah membuang barangan yang tidak boleh digunakan lagi.

Kemudian menyusun semula pinggan mangkuk, barangan jenama tupperware dan tidak berjenama yang memenuhi dapur.

Sementara, kotak-kotak diatur kemas di ruangan bawah dapur.

Bukan itu sahaja, kediaman tersebut turut dicat semula bagi menjentik suasana baharu, segar dan kemas.

Selesai kerja-kerja pembersihan, wanita berkenaan menunjukkan timbunan barangan yang dibuang dan dilonggokkan di hadapan rumah bagi memudahkan pekerja pembersihan memungutnya.

Baca lagi ‘Cantiknya rumah. Suka konsep retro tu, simple.’ Farah Lee kongsi dekorasi rumah raih pujian ramai. Klasik & nampak tenang!

 

MAKLUM DULU

Bagi memastikan ibu bapa tidak terkejut dengan situasi tersebut, awal-awal lagi mereka sudah memaklumkan kerja-kerja mengemas kediaman akan dilakukan.

“Sebelum mak ayah berangkat pergi, kami terlebih dahulu memaklumkan akan membersihkan rumah. Mungkin mereka sendiri tidak tahu apa yang kami buang dan sisih,” ujarnya lagi.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai. Malah, ada warga maya yang mengakui turut mengalami situasi yang sama. Berikut dikongsikan antara luahan mereka:

‘Saya rasa semua mak-mak sama je perangainya. Kami adik-beradik memang kena pakat untuk kemas rumah mak macam ni lah. Kami minta mak pergi kebun, kemudian kami buang barang-barang tak guna tu.’

Baca lagi ‘Pandai nyanyi & masak, untung suami.’ Rumah cantik & mewah macam istana, warga maya puji Marsha tetap humble!

Iklan

‘Saya pernah buang ‘tipuware’ satu beg plastik hitam sampah. Banyak yang tak okay, berminyak dan kelabu asap. Rasa puas sangat. Maaf mak.’

‘Eh! betul lah. Bila tolong kemas dan salah letak, kena marah. Nak tolong dekor tak sama minat. Akhirnya, tolong basuh pinggan dan sapu-sapu sahaja. Bab susun atur tak berani usik.’

‘Saya hanya boleh mengemas dan buang bila mak ke luar kawasan dua tiga hari. Contoh ke rumah abang. Masa tu puas tak ada halangan.’

Baca lagi HOMELIFESTYLEILHAM DEKO’AWAL TERUS COP 1… SEPTEMBER 13, 2023 ‘Awal terus cop 1 bilik.’ Wanita ini dekor bilik baking dalam rumah raih pujian. Cantik, tersusun kemas & praktikal!

Baca lagi Kreatifnya wanita ini dekor bilik bawah tangga jadi stor simpan barang. Cantik, tersusun kemas & praktikal!

‘Mak-mak ni memang suka kumpul pinggan mangkuk mahal dan cantik-cantik. Dulu nak pakai mak marah.’

Iklan

‘Pernah saya sewa tong roro kemas rumah mak sampaikan mak menangis merajuk dengan saya. Malah, mak cakap lepas ni orang datang tak ada cawan dah nak minum.’

‘Tips bagi mak yang merajuk kalau kita buang barangnya. Katakan ‘mak setiap barang kat rumah ni akan dihisab walaupun sekecil pin, saya tak nak melambatkan.’

‘Nice. Ini antara taktik. Jangan mengemas depan mereka. Nanti semua tak boleh buang.’

Sumber: TikTok aainaa.nordin

Baca ni ‘Berlakon pandai & masak pun boleh. Sukanya konsep open kitchen tu.’ Shaheizy Sam tayang ruang dapur bikin ramai kagum

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang