SUKA lihat gelagat Reen Rahim bersama ahli keluarganya terutama sekali ibu kesayangannya. Ada sahaja cara beliau yang menyakat syurga dunianya itu sehinggakan membuatkan ramai terhibur.

Biarpun sudah berkahwin dan memiliki kehidupan sendiri, namun isteri kepada Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin itu tidak lupa akan tanggungjawab beliau sebagai seorang anak.

Terbaharu, pemilik nama sebenar Noreen Ashikin Abdul Rahim itu membuat kejutan kepada ibu dan ayahnya dengan menghadiahkan mereka rumah baharu.

Baca ni “Saya nak kerja kuat, simpan duit untuk buat rumah Umi elok-elok” – Reen Rahim

Reen Rahim

Kejutan berupa sebuah rumah dua tingkat yang lengkap dengan peralatan dan siap di dekorasi membuatkan kedua orang tuanya sebak dan terharu.

Menerusi hantarannya di laman Instagram, anak ketiga daripada empat beradik itu mengakui sejak kecil lagi, beliau sudah menanam impian untuk memiliki kediaman hasil pendapatan sendiri.

Kata Reen, beliau ingin memiliki rumah yang cantik dan besar memandangkan dirinya dibesarkan dalam keluarga yang penuh kesederhanaan.

“Bagi yang memang membesar atas duit, mak bapak dah stabil masa dia baru lahir, akan rase benda yang aku buat ni biasa je. Tapi unutk aku yang membesar sederhana,tidak mewah, ini adalah hadiah dari Allah yang sangat berharga untuk aku dan family.

Adik-adik di luar sana, beranganlah…

Sebab angan-angan itu bukan saja-saja ALLAH lintaskan dalam hati dan otak kita. Setiap angan-angan kita sebenarnya petunjuk dari ALLAH untuk kita berdoa,meniti jalan dan berusaha untuk capai angan-angan tu.

Baca lagi Reen Rahim seronok dapat berkumpul bersama keluarga dan saudara-mara

Reean Rahim 1

SIGNAL ALLAH

Titip beliau lagi, jangan abaikan impian yang wujud dalam diri kita. Pegang ia untuk menggapainya.

“Inilah angan-angan Reen. Dari kecik tengok rumah cantik-cantik dalam tv dalam majalah. Teringin nak ada semua ni. Dah besar dah kerja, Reen siapkan tempat Reen cantik-cantik, selesa, macam dalam majalah.

“Tapi pelik, dah ada semua tapi hati tak tenang. Reen doa tanya ALLAH kenapa aku tak tenang, apa yang aku terlepas pandang YA ALLAH. Satu hari DIA jadikan asbab rumah umi banjir, pokok tumbang. Rupa-rupanya itu signal yang ALLAH sampaikan.

Baca juga ‘Cantiknya rumah. Suka konsep retro tu, simple.’ Farah Lee kongsi dekorasi rumah raih pujian ramai. Klasik & nampak tenang!

Iklan

Reean Rahim 2

“Buat aku sedar kebahagian itu bukan tentang diri sendiri, bahagia akan datang bila kita bahagiakan orang yang kita sayang. My 1st landed house, Reen niat buat cantik-cantik, nak umi abah yang duduk situ, Reen nak rumah ni jadi tempat pulang kami adik-beradik. Nak rumah ni tempat umi abah relaks menikmati hari tua mereka,”ungkapnya.

Pada masa sama, beliau mengakui kini cukup tenang selepas dapat berbakti kepada kedua ibu bapanya.

“Jangan persoalkan kenapa aku buat sehabis baik macam aku yang nak duduk sini. Padahal aku tetap duduk rumah lama aku. Ade quote yang Reen pegang ‘Layan ibu bapa mu seperti raja, ALLAH akan jaga segala urusanmu di dunia dan diakhirat’ dan reen sangat yakin dengan itu.

Baca lagi ‘Rumah mama paling selamat & disayangi,’ Throwback momen bersama arwah mama, Kilafairy berbakat dekor rumah sendiri. Cantik!

Reean Rahim 3

Iklan

“Alhamdulillah tenang yang luar biasa DIA hadiahkan pada Reen dan suami sekarang. YA ALLAH, aku mohon kau dipermudahkan segala urusan kami di dunia dan di akhirat,kau panjangkanlah umur kedua ibu bapa kami. Amin,” demikian luahan Reen Rahim menerusi kapsyennya.

Sumber: Instagram reenrahim and ricdeco_

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!