MOTOSIKAL jenis trike (beroda tiga) antara yang menjadi kegemaran kaki motor di beberapa buah negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Jepun termasuk di Eropah.

Mereka menyifatkan kenderaan seumpama itu sebagai simbol kelelakian, stail dan kemewahan seseorang.

Di negara ini, penggunaannya agak janggal, sementelah harga jentera itu yang menyamai sebuah kereta membuatkan ramai berkira-kira untuk membeli.

Pun demikian, komuniti trike di Malaysia tetap ada walaupun bilangannya tidak banyak.

Menurut topspeed.com, desain motosikal berkenaan yang memperlihatkan gaya yang unggul, ditambah dengan spesifikasi enjin, sistem pengemudian, kelajuan, komponen dan kecekapan membuatkan ia mempunyai peminat tersendiri.

Apa yang menjadikan ia lebih menarik ialah varian tersebut boleh sendeng ke kiri atau ke kanan semasa penunggang membelok, membezakannya dengan sifat sebuah kereta atau trike bike versi statik.

Sesuai dengan perkembangan teknologi yang sentiasa maju ke hadapan, beberapa pengeluar kenderaan tampil dengan model trike pelbagai tingkat harga dengan reka bentuk yang barangkali menjadi idaman anda.

motosikal trike

  1. Harley Davidson VCO TriGlide

Keluaran: Harley-Davidson
Negara: Amerika Syarikat
Harga: Bermula RM223,270

  • Harley Davidson VCO TriGlide merupakan penjenamaan semula daripada model Servicar yang diperkenalkan syarikat terkemuka itu pada tahun 1932 hingga 1973.

motosikal trike

  • Ketika itu, Servicar direka khas sebagai penyelesaian komersial untuk perniagaan kecil, manakala pengenalan siri TriGlide bersifat lebih santai.
  • Fitur baharu tersebut dikuasakan dengan enjin Harley Davidson dwikembar V versi 1.9 L yang boleh membuatkan penunggang lebih selesa dan selamat ketika berada di atas jalan raya sepanjang hari.

Baca juga 5 pilihan motosikal bajet bawah RM5,000, tawaran istimewa AutoMall di Shopee memang berbaloi

motosikal trike

  • Ramai yang berpendapat, Harley Davidson VCO TriGlide merupakan model ikonik bagi semua varian trike.

2. Can AM Spider RT

Keluaran: Bombardier Recreational Products Inc. (BRP)
Negara: Kanada
Harga: Bermula RM133,960.53

motosikal trike

  • Can AM Spider RT lebih menonjol dengan reka bentuk roda tiga pada bahagian hadapan dan memperlihatkan gaya lebih praktikal serta selesa jika seseorang melakukan perjalanan jauh.
  • Model berkenaan hadir bersama enjin dwikembar V BRP-Rotax 998cc dengan 106 kuasa kuda dan kotak gear manual enam kelajuan.

Baca juga Motosikal berkuasa tinggi elektrik miliki daya tarikan tersendiri. Semak 5 pilihan jenama paling unggul

  • Dengan berat 421.4 kilogram, model yang dilengkapi ciri BRP GO! termasuk penunjuk arah Genius Map dan Sygic pada skrin seluas 7.8 inci itu mampu bergerak sejauh 406 kilometer.

motosikal trike

3. Can AM Spider F3-T

Iklan

Keluaran: Bombardier Recreational Products Inc. (BRP)
Negara: Kanada
Harga: RM103,148.58

  • Varian F3-T memberi pilihan gaya lebih sporty buat mereka yang sukakan desain lebih ringan.
  • Ia juga dilengkapi enjin 1,330 cc dengan 115 kuasa kuda, selain sistem ABS, kotak gear enam kelajuan semi automatik. Kawalan kestabilan juga dipertingkatkan dengan teknologi BOSCH.
  • Brek antikunci ditambah kawalan cengkaman menjadikan tunggangan lebih selamat. Pada masa sama, ciri ECO Mode Smart Assist juga membantu mengoptimumkan pergerakan terutama ketika melakukan perjalanan jarak jauh.

motosikal trike

4. Polaris Slingshot

Keluaran: Polaris Inc
Negara: Amerika Syarikat
Harga: Bermula RM92,877.93

  • Desain motosikal jenis kereta yang diperkenalkan oleh Polaris Inc sejak tahun 2014 telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan penggemar industri permotoran dunia.

motosikal trike

Iklan
  • Masakan tidak, pemanduan jenis automatik dengan transmisi lima kelajuan manual pada kelajuan 178 kuasa kuda sangat dikagumi.
  • Untuk model Polaris Slingshot, pengeluarnya bergerak selari dengan kemajuan teknologi apabila paparan LCD, sistem audio Rockford Fosgate dan beberapa sekuriti tambahan diberi penekanan.

Baca juga 10 model motosikal paling ‘panas’ sepanjang 2020

5. Yamaha Niken GT

Keluaran: Yamaha Motor Company
Negara: Jepun
Harga: Bermula RM64,800

motosikal trike

  • Model pertama jenis trike dikeluarkan Yamaha Motor Company membuktikan syarikat terkemuka tersebut berusaha mahu menonjolkan siri Yamaha Niken lain daripada lain.
  • Diilhamkan daripada model sportbike MT-09 Naked yang diubah suai menjadi roda berkembar pada bahagian hadapan supaya dapat membuat lencongan 45 darjah dengan lebih sempurna.
  • Paling mencuri tumpuan adalah ‘pakej’ perlindungan cuaca dengan cermin skrin lebih tinggi, tempat duduk selesa dan cengkaman lebih diperkemaskan terutama kalau berada dalam cuaca buruk.
  • Lengkap dengan 874 cc dengan kerangka hibrid, motosikal yang direka bentuk dengan desain Ackermann pastinya membuatkan ramai teruja.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.