BUAH-BUAHAN lazimnya menjadi juadah pilihan ketika berbuka puasa.

Buah tembikai antara buah pilihan sama ada dimakan segar atau dijadikan jus.

Rasanya yang manis dan mengandungi banyak air membantu melegakan tekak seharian berpuasa.

Ramai yang tidak tahu manfaat buah tersebut.

SUMBER gambar hiasan daripada PEXELS.

Menurut Penceramah Kesihatan dan Pemakanan, Dr Zubaidi Ahmad, buah tembikai adalah buah yang bernutrisi, selamat dan baik untuk dimakan.

“Mengikut kajian sains, buah tembikai sangat sesuai dijadikan hidangan pertama ketika berbuka puasa bersama dengan kurma.

“Satu atau dua potong tembikai bersama beberapa biji kurma dan segelas air kosong cukup untuk memberikan tenaga segera bagi mereka yang berpuasa,” katanya menerusi satu entri di Facebook.

SUMBER gambar hiasan daripada PEXELS.

Katanya, tembikai mempunyai Glycemic Index (GI) yang tinggi yang mana penyerapan gula ke dalam darah berlaku dengan pantas.

Oleh itu mengambil beberapa potong buah itu tidak memudaratkan.

Berikut perbandingan kandungan GI yang terkandung nasi putih, tembikai dan kurma:

Nasi putih GI: 72 (tinggi) 150 kalori/100g
Tembikai GI :72 (tinggi) 30 kalori/100g
Kurma GI: 42 (rendah) 282 kalori/100g

SUMBER gambar hiasan daripada PEXELS.

Tambah Dr Zubaidi, semasa menjalankan ibadah puasa, beberapa perubahan fisiologi dalam tubuh akan berlaku.

“Antaranya enzim yang berada dalam tubuh dikeluarkan secara perlahan-lahan disebabkan kita tidak makan sepanjang hari.

“Lapisan lendiran yang menyelaputi dinding dalam saluran penghadaman (perut dan usus) menipis,” katanya.

Justeru, Dr Zubaidi mencadangkan supaya orang ramai makan makanan yang bersifat mudah (simple real food) apabila kita berbuka puasa.

SUMBER gambar hiasan daripada PEXELS.

Antaranya buah-buahan seperti tembikai, anggur, pisang dan betik.

“Tembikai mengandungi Vitamin A, C, thiamin, riboflavin, niacin, vitamin B6 dan folate.

“Vitamin-vitamin ini membantu menstabilkan mood dan menguatkan ingatan,” jelasnya.

Kata beliau, berbuka puasa dengan tembikai dapat mengekalkan kesihatan tubuh.

Ia mengandungi 92 peratus air dan nutrisi yang tinggi, sesuai untuk menghilangkan dahaga ketika berbuka puasa dan menggalakkan perpeluhan ketika musim panas.

Baca juga: Petua beli tembikai merah & manis, tengok jalur dan bentuk, 4 tip anda perlu tahu

Iklan

Baca juga: Jus tembikai bersama lemon dan laici segarkan tekak

 

 

Tembikai juga mengandungi sebatian lycopene iaitu sebatian antioksida yang boleh didapati dari buah-buahan berwarna merah seperti tomato.

“Satu gelas tembikai mengandungi 10mg lycopene, sementara satu gelas tomato mengandungi 5-6 mg lycopene.

“Lycopenen sangat baik untuk merendahkan risiko mendapat penyakit jantung dan osteoporosis, juga membantu mengelakkan penyakit kanser pada payudara dan prostat,” katanya.

Baca juga: Memang unik, lagi sedap. Wanita ini guna kulit tembikai untuk ganti sayur dalam masakan. 

Iklan
SUMBER gambar hiasan daripada PEXELS.

Jelas beliau, lycopene merupakan antioksida yang bagus diamalkan bagi pesakit diabetes, katarak, kulit dan juga membantu dalam masalah kesuburan.

Selain itu, beritahu Dr Zubaidi, tembikai juga mengandungi sebatian citrulline yang merangsang pengeluaran bahan nitric oxide.

“Ia berfungsi merehatkan, melembutkan dan mengembangkan saluran darah yang sangat sesuai diamalkan oleh pesakit yang mengalami mati pucuk (erectile dysfunction) dan tekanan darah tinggi.

“Apabila salur darah mengembang, ia mengekalkan perjalanan darah dalam saluran koronari pada jantung,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!