BUKO merupakan salah satu pilihan pencuci mulut yang terkenal di Filipina.

Beberapa tahun lalu, sajian berasaskan campuran jeli, isi kelapa, nata de coco (sari kelapa) dan susu segar itu pernah menjadi fenomena dalam kalangan rakyat Malaysia.

Lazimnya, perisa yang ditawarkan oleh kebanyakan peniaga buko hanyalah pandan semata-mata.

Namun, Buko Periuk Oh My Bonda yang diusahakan oleh pasangan suami isteri di Johor menyajikan 25 jenis pilihan rasa dan isian.

Ujar Nisa’ul Arzakiyah Abdul Aziz atau mesra disapa Nisa, beliau dan suaminya, Muhammad Aliff Fuzair Jamaluddin bersyukur kerana kedai tiga tingkat milik mereka yang terletak di Taman Perling, Johor Bahru sentiasa dipenuhi pelanggan yang mahu mencuba keunikan buko.

buko

Ujar Nisa, bisnes itu bermula sebaik menu berkenaan menjadi tular di media sosial pada Ogos 2022.

Ketika itu, warganet berlumba-lumba memuat naik buko yang dibeli di merata tempat di seluruh Malaysia.

“Tidak seperti di lokasi lain yang siap dibungkus, kami memberi peluang kepada pelanggan untuk memilih sendiri isi campuran mengikut selera masing-masing. Itu lebih menarik,” ungkapnya.

buko

Beritahu Nisa lagi, daripada semua seleksi, buko perisa pandan antara yang paling laku kerana di dalam satu bekas, akan dibubuh sagu pandan, jeli pandan, jeli kelapa, sari kelapa dan susu segar.

“Lagi sedap kalau ditambah dengan topping taburan keju yang disagat kasar di atasnya.

Baca juga Nikmatnya Cendol Durian Piaowww, ada 4 lagi port wajib kaki cendol         

Buko akan menjadi lebih menarik untuk dinikmati jika Lotus Biscoff atau sos Ferrero Rocher ditambah bersama,” kata beliau yang sebelum ini menarik perhatian orang ramai apabila memperkenalkan Ais Kepal Milo Tempurung tujuh tahun lalu di premis yang sama.

buko

Selain buko perisa pandan yang menjadi rebutan, Nisa berkata, Buko Milo Keju yang digabungkan bersama dengan jeli milo, cincau, sagu milo, sari kelapa dengan topping taburan milo bersama keju juga tidak kurang hebatnya.

Sebagai tambah nilai, Nisa turut memperkenalkan menu signatur Oh My Bonda iaitu Nasi Ayam Silat yang mempunyai lima tahap kepedasan menggunakan cili yang diimport khas dari Vietnam.

buko

“Nasi Ayam Silat ditawarkan dengan dua pilihan iaitu asli dan masak kicap pada harga RM12.90 sahaja.

Baca juga Harga murah dan topping unik, Ais Kepal Cik Ana viral sepanjang PKP

“Kalau datang ke sini, selain menikmati pencuci mulut yang sedap, jangan lepaskan peluang untuk mencuba masakan kami. Insya-ALLAH peminat masakan pedas terutamanya pasti akan puas hati,” ujarnya.

buko

Buko Periuk Oh My Bunda

Alamat: No 63, Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru
Waktu operasi: 11 pagi hingga 9 malam
Menu signatur: Buko Pandan dan Buko Milo Keju
Harga: Bermula RM13
Facebook: Oh My Bunda
Instagram: @ohmybunda
Tiktok: @ohmybunda

#JOM SINGGAH

Iklan

SEPERTI sajian pencuci mulut lain, buko semakin digemari ramai dan mudah untuk didapati di mana-mana, waima di tepi jalan sekali pun.

Terdapat empat lagi destinasi Jom Singgah yang menawarkan menu buko dengan resipi tersendiri. Antaranya:

buko

Buko Baq Ang

Penghantaran: Sekitar kawasan Sungai Petani, Semeling, Tikam Batu, Kota Kuala Muda, Bujang, Merbok, Penaga dan Bertam, Kedah
Waktu operasi: Bergantung kepada tempahan
Menu signatur: Buko perisa pandan, laici, pisang, strawberi dan campuran
Harga: RM15
Facebook: Nur Hairiani

buko

Buko Letops

Penghantaran: Sekitar kawasan Kuantan, Pahang
Waktu operasi: Bergantung kepada tempahan
Menu signatur: Buko perisa pandan, mangga, bandung laici, keladi, anggur dan coklat nutella
Harga: RM15
Facebook: Ain Najihah

Iklan

buko

Buko Pandan Meleleh

Penghantaran: Ejen di seluruh negara
Waktu operasi: Bergantung kepada tempahan
Menu signatur: Buko Pandan Meleleh, laici, fruit salad dan Mango Fruit Salad
Harga: Bermula RM17
Facebook: Buko Pandan Meleleh

buko

Buko Putera

Penghantaran: Ejen di seluruh negara
Waktu operasi: Bergantung kepada tempahan
Menu signatur: Buko perisa pandan, cendol, strawberi, mangga dan laici
Harga: RM15
Facebook: Buko Putera

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi