Butik FitFlop di MidValley sudah dibuka semula, banyak desain kasut baharu, lebih selesa dan tahan lama

FITFLOP baru-baru ini melancarkan pembukaan semula butik jenama kasut global itu di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.

Terletak di tingkat pertama pusat beli-belah itu, kedai konsep berkenaan direka bentuk dan didominasi dengan rona neutral, sekali gus mencerminkan ‘DNA’ label tersebut.

Serentak dengan itu, FitFlop memperkenalkan koleksi musim sejuk dan luruh terbaharunya kepada umum.

Apa yang boleh dikatakan, jenama itu sangat sesuai kepada para pengguna yang gemar melabur untuk sesuatu yang berkualiti tinggi, selesa dan tahan lama.

Daripada kasut gaya kasual hingga formal, pelbagai seleksi desain boleh dipilih pada harga yang berbaloi.

BACA JUGA: Bonia lancar butik baharu di 1Utama, inspirasi daripada warna bumi. Beg, dompet, kasut hadir dengan desain ‘lebih muda’

Iklan

BACA JUGA: Selepas 35 tahun, PUMA keluarkan semula kasut Slipstream PUMA dengan gaya klasik dan sedikit sentuhan baharu

Pada majlis tersebut, FitFlop turut mengumumkan kolaboratifnya dengan penggaya tempatan, Max Mak.

Pelakon Elisya Sandha antara selebriti yang hadir memeriahkan acara.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.