CANTIKNYA syurga dunia pelakon zamarulhisham93 dan isterinya, dianarafar.

Demikian antara pujian yang dilontarkan warga maya kepada pasangan selebriti terkenal itu yang berkongsi house tour baru-baru ini.

Hantaran video berdurasi satu minit tiga puluh saat itu memaparkan ruang dalam kediaman pasangan sama cantik sama padan itu.

Konsep terbuka yang cukup selesa menjadi pilihan mereka. Memang nampak cantik dan kemas dengan pilihan warna yang sesuai. Membolehkan ruang kediaman tersebut nampak luas dan tenang je.

Baca ni ‘Cantik & besar rumah. Alhamdulillah rezeki Makder.’ Video rumah baharu Raissuddin Hamzah dan isteri raih perhatian ramai!

zamarul

Paling menyerlah pada paparan wallpaper bercorak bunga yang melatari ruang dinding bilik. Cukup menarik dan sejuk mata memandang. Rona kelabu menjadi pilihan Zamarul dan Diana pada sudut katil dan juga sofa.

JELAJAH RUMAH INDAH DAN MENDAMAIKAN

Pelakon drama Saat Hilangnya Cintamu sebelum ini mengakui kurang bersetuju apabila isterinya ingin menghias ruang dinding bilik mereka dengan wallpaper.

Pun begitu, hasil yang ditunjukkan oleh pereka dalaman thefeaturewall.my membuatkan pelakon berumur 52 tahun itu teruja.

Baca lagi ‘Pandai nyanyi & masak, untung suami.’ Rumah cantik & mewah macam istana, warga maya puji Marsha tetap humble!

 

“Memang saya awalnya tidak gemar rumah kami dipasang wallpaper. Namun kali ini saya ‘kalah’ dan bersetuju. Nyata pilihan Diana tepat. Hasilnya memang wow dan menarik,” ujar Zamarul.

Selain bilik utama, mereka turut memasang wallpaper di bilik anak. Sentuhan rona merah jambu dengan hiasan wallpaper konsep ala fantasi dengan corak bunga dan haiwan cukup sesuai buat anak perempuan.

Baca lagi ‘Cantiknya rumah. Suka konsep retro tu, simple.’ Farah Lee kongsi dekorasi rumah raih pujian ramai. Klasik & nampak tenang!

zamarul

Iklan

Sentuhan lampu moden membangkitkan lagi aura tenang dalam bilik berkenaan.

Pasangan selebriti ini turut membawa penonton menjelajah setiap ruang yang ada di dalam rumah mereka. Antaranya, ruang tamu, ruang makan, dan juga dapur.

Setiap satu ruang terhias indah dan mendamaikan. Selain itu, kediaman tersebut turut dilengkapi dengan kolam renang.

Baca lagi ‘Cantiknya wet kitchen ala tepi taman.’ Ruang Dapur Memey Suhaiza curi perhatian. Kemas & kreatif!

Zamarul

Iklan

Seronoknya cuci mata tengok kediaman merpati sejoli ini.

Bagus kan suami isteri kongsi idea untuk dekor rumah. Terbaiklah, Zamarul dan Diana!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang