Cara rebus ketupat nasi versi jimat gas dan elektrik, mudah sangat!
Cara rebus ketupat nasi versi jimat gas dan elektrik, mudah sangat!
KETUPAT nasi ekspres selalu menjadi pilihan wanita kerana ia lebih menjimatkan dan mudah disediakan.
Menjelang Syawal, ramai yang akan stand byketupat nasi yang dipekkan dalam plastik pelbagai jenama.
Walaupun tak perlu menganyam kulit ketupat, jenuh juga merebusnya. Setiap kali merebus ambil masa satu jam sehingga sejam setengah. Kalau tetamu sudah nak sampai rumah, memang tak sempatlah nak rebus last minute.
Tak perlu risau, perkongsian Yuhafiqah Mohd Yunus ini boleh menjadi solusinya. Petuanya bukan sahaja boleh menjimatkan gas dan elektrik dalam kuantiti kecil malah anda boleh aplikasikan ketika merebus ketupat nasi dengan stok yang banyak!
Baca juga: 5 petua elak ketupat nasi cepat rosak, tidak tahan lama
“Saya buat macam ni sebab tak ada pressure cooker,” titip Yuhafiqah.
Ayuh kita lihat apa petua yang dikongsikan beliau, sangat simple tetapi berguna.
Baca juga: Sedapnya kuah kacang, resipi turun temurun yang simple tapi padu
Petua rebus ketupat nasi jimat gas dan elektrik
1-Rebus air hingga mendidih kemudian masukkan ketupat nasi.
2-Rebus selama 10 minit kemudian tutup api.
3-Biarkan ketupat nasi dalam periuk dan tutup dengan penutup periuk.
4-Biarkan ia terendam selama 30 minit.
5-Selepas 30 minit, nyalakan semula api dapur dan rebus selama lima hingga 10 minit mengikut keadaan ketupat nasi itu.
6-Bagaimanapun petuai ni tak sesuai untuk anda yang menggunakan periuk tekanan atau pressure cooker.
Selamat mencuba!
Baca juga: 1,900 share, resipi Rendang Ayam Cili Api Negeri Sembilan, pedas dan sangat sedap!
Sumber: Yuhafiqah Mohd Yunus
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang