UMW Toyota Motor baru-baru ini memperkenalkan dua varian kenderaan pelbagai guna (MPV) terbaharu dengan gaya lebih versatil dan dilengkapi ciri teknologi termaju.

Pengenalan Toyota Alphard Serba Baharu dan Toyota Vellfire Serba Baharu nampaknya menamatkan penantian peminat sekali gus memberi saingan dalam pasaran MPV mewah di negara ini.

Presidennya, Datuk Ravindran K berkata, model tujuh tempat duduk tersebut direka khas untuk memberikan pengalaman premium kepada para pelanggan.

“Dalam landskap automotif yang sentiasa berkembang, Alphard dan Vellfire menjadi penanda aras untuk misi inovasi serta kecanggihan bagi segmen MPV.

toyota

“Penetapan standard prestasi baharu tersebut mencerminkan komitmen kami dalam mempersembahkan kenderaan mengagumkan yang mampu melangkaui semua jangkaan,” katanya.

Ujar Ravindran lagi, Alphard dan Vellfire juga direka bentuk khusus supaya dapat memenuhi kehendak dinamik dan pelengkap status buat golongan profesional dan ahli perniagaan.

 

Fakta menarik mengenai kedua-dua varian tersebut, Toyota memperkenalkan integrasi teknologi baharu untuk prestasi pemanduan lebih selamat.

SinarPlus yang berpeluang untuk melihat desain Toyota Alphard Serba Baharu dan Toyota Vellfire Serba Baharu dengan lebih dekat sebenarnya kagum dengan beberapa fungsi diperkenalkan.

toyota

Antaranya ciri urutan eksklusif pada kerusi barisan pertama yang hanya tersedia untuk model Alphard Executive Lounge. Memang menarik!

Lagi satu, model Alphard dan Vellfire dilengkapi dengan sistem pemanasan dan pengudaraan bagi meningkatkan keselesaan penumpang hadapan dan barisan pertama belakang.

Baca juga Prestasi pecutan lebih power, tempahan Toyota Vios Serba Baharu sudah cecah lebih 5,000 unit

Jika kalian melangkah masuk ke ruang kabin, bumbung kaca panorama memberikan pencahayaan semula jadi selain tempat duduk pemandu mempunyai akses mudah kepada suis dan kawalan mekanikal.

toyota

Berikut antara lain spesifikasi baharu yang disediakan untuk kedua-dua jentera berkenaan:

Iklan

i) Enjin 2.4L 16-valve DOHC dengan pengecasan turbo dan penyejukan dalaman.
ii) Pendakap Prestasi Depan Toyota Vellfire meningkatkan lagi penghantaran kuasa dan menghasilkan pecutan lebih lancar.

toyotaBaca juga Varian terbaharu, Toyota Veloz catat 5,200 tempahan, bakal tembus pasaran tempatan tidak lama lagi

iii) Dilengkapi teknologi Toyota Safety Sense termaju, termasuk Dynamic Radar Cruise Control, Lane Departure Alert, Road Sign Assist dan Adaptive High-beam System.
iv) Pilihan empat rona menawan iaitu Platinum White Pearl, Precious Metal, Precious Leo-Blond (Alphard sahaja) dan Hitam.

toyota
v) Waranti penuh selama lima tahun, servis dipercayai dan jaminan alat ganti.

Toyota Alphard 2.4T Executive Lounge dijual pada harga RM538,000 tanpa insurans manakala Toyota Vellfire 2.5 boleh didapati pada harga RM438,000 tanpa insurans.

toyota

Iklan

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari https://toyota.com.my/en/models/alphard.html dan https://toyota.com.my/en/models/vellfire.html.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang