‘Comel tengok senyuman nenek.' Pemergian Nek Esah undang duka kepada ‘cucu online’

No Image Caption
A
A
A

BILA kita melihat orang lain sama seperti insan tersayang yang telah ‘pergi’ pasti akan terbit rasa rindu. Terutama apabila ia mengingatkan kita pada ibu bapa atau pun nenek dan atok yang tiada lagi di dunia ini.

Itulah kisah Nek Esah atau nama sebenarnya Esah Hamat yang popular di TikTok kerana gelagat lucunya bersama cucu kesayangan, Aliff Haikal. Setiap kali video dimuat naik pasti akan mendapat tontonan yang ramai sehingga beratus ribu.

Cara lelaki itu melayan neneknya dengan penuh kasih sayang dapat memberi pengajaran kepada orang lain untuk menghargai orang tua yang masih ada.

No Image Caption

Rata-rata wajah nenek ini dapat mengubat kerinduan penonton yang telah kehilangan nenek mereka. Namun, pada 13 Ramadan yang lalu, penonton yang menggelarkan diri mereka ‘cucu online’ kepada nenek tersebut berasa sedih mendapat khabar berita pemergian warga emas itu di bulan yang mulia ini.

Nek Esah berumur lingkungan 100 tahun memiliki 56 cucu, 101 cicit serta 12 piut. Sebelum pemergiannya, Aliff Haikal berkongsi tentang keadaan neneknya yang tidak berapa sihat dan perlu berulang alik ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Rata-rata pengikut TikTok anak muda berkenaan sedih kerana tidak dapat lagi melihat gelagat dan senyuman manis Nek Esah selepas ini.

Setiap yang bernyawa pasti akan pergi satu hari nanti. Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas Nek Esah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang