KELAINAN kulinari yang ditawarkan sempena Bufet Ramadan Imarah Selera Nusantara di Latest Recipe, Le Méridien Kuala Lumpur nampaknya berjaya menambat hati pelanggan.

Daging Kepal Tempayan Rempah misalnya, membangkitkan selera pengunjung dengan cara pembikinan cukup rapi bersama ramuan herba dan daging lembu terpilih.

Menurut Executive Sous Chef, Cef Budiman Bistari, daging yang dikisar halus diperap selama 72 jam dan kemudiannya dikepal pada batang tebu hitam sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar tempayan.

bufet ramadan

“Daging itu kemudian dibakar selama 15 hingga 20 minit sehingga betul-betul masak. Rasa manis tebu dengan perapan memang lain daripada lain,” katanya yang menyajikan lebih 300 sajian.

 

Selain itu, kalian juga dipelawa untuk mencuba daging kambing golek, gulai tetel, sup bebola daging, ayam royal pandan, Mee Kow Tim, Sayur Cincang Masak Sos Makhni dan banyak lagi.

Baca juga Selera Nostalgia Do Re Mi penuh klasik, cepat grab lebih 150 sajian di Hotel Berjaya Times Square

Baca juga Penangan Sup Tulang Merah Singapore, ini antara keunikan Destinasi Rasa Mardhiyyah Hotel & Suites

Iklan

bufet ramadan

Le Méridien Kuala Lumpur
Alamat: 2, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, Kuala Lumpur
Masa: 6.30 petang hingga 10.30 malam
Menu signatur: Daging Kepal Tempayan Rempah
Harga: RM208 – RM218 (dewasa) dan RM99 (kanak-kanak)
Facebook: Le Meridien Kuala Lumpur
Instagram: @lemeridienkl

bufet ramadan

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!