DIY pewangi semburan untuk hilangkan bau kepam dalam rumah & hilangkan habuk kipas. Mudah, jimat & tahan lama!
BILA rumah bersih, berbau harum dan bebas daripada bau kepam, kita mesti akan rasa tenang dan selesa.
Pun begitu, satu ‘benda’ susah nak elak, apabila memasak, pasti satu rumah kita berbau.
Lebih-lebih lagi bagi kediaman kecil atau ruang dapur tertutup.
Bukan sahaja pakaian, malah bau tersebut melekat pada langsir dan mana-mana fabrik yang tergantung.
Untuk hilangkannya, ada di antara kita yang menggunakan pewangi, namun tidak semua berkesan.
Ada yang jenis berbau harum sekejap sahaja, lepas beberapa minit hilang begitu saja.
Justeru, pada kali ini, SinarPlus nak kongsikan cara mudah buat sendiri pewangi semburan untuk menghilang bau kepam di dalam kediaman anda.
Perkongsian yang dimuat naik menerusi TikTok @khai_jimat itu turut memaparkan tip mudah menghilangkan habuk pada langsir dan juga kipas.
Baca ni Warunk Koffie by Wood & Steel tempat lepak minum kopi paling best di Shah Alam. Harga pun berpatutan
CARA BUAT PEWANGI SEMBURAN
BAHAN-BAHAN:
Air masak
Pewangi baju
1 sudu besar cuka makan
Botol semburan
CARA MEMBUAT:
- Masukkan pewangi baju ke dalam botol semburan. Ikut sukatan yang diingini kalau nak lagi wangi boleh letak banyak sikit.
- Kemudian, masukkan sedikit air ke dalam botol semburan dan cuka makan. Tujuan cuka ini adalah untuk menguatkan dan membolehkan pewangi tersebut tahan lebih lama.
- Tutup botol spray dan goncang-goncang sehingga ke semua sebati. Dah siap!
Satu lagi kebaikan semburan pewangi ini ialah ia boleh menghilangkan habuk. Jadi habuk tidak akan melekat pada langsir.
Baca lagi 'Mop legend' tetap pilihan. Gelagat Feeya Iskandar kemas rumah sebelum keluar 'me time' raih pujian
CARA HILANGKAN HABUK KIPAS
Dengan menggunakan semburan pewangi tersebut membantu membersihkan kipas angin meja atau berdiri dengan cara malas, jimat dan mudah.
Cara itu tidak memerlukan anda mencabut atau membuka kipas tersebut.
CARA MENGGUNAKANNYA:
- Semburkan sahaja pada seluruh permukaan kipas dari tepi, atas, bawah yang ada habuk itu.
- Jangan on dahulu kipasnya, nanti habuk terbang. Ambil sarung bantal besar dan tutup kipas tersebut (seperti gambar). Cara ini membolehkan habuk terperangkap di dalam sarung bantal tersebut.
- Kemudian, baru boleh on kipas. Biarkan dalam beberapa minit sekurangnya 5 hingga 10 minit.
- Selepas 5 hingga 10 minit kipas boleh off terlebih dahulu dan buka secara perlahan-lahan sarung bantal tersebut.
- Hasilnya, kipas tersebut akan jadi bersih dan tiada lagi habuk pada kipas tersebut.
Selamat mencuba!
Sumber: TikTok @khai_jimat
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang