Bibir yang sihat, lembap dan mungil menjadi idaman setiap wanita. Pasti cantik menggoda bukan?

Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya bibir merupakan bahagian paling sensitif. Malah jika dibandingkan dengan jari, tahap sensitiviti bibir tidak dapat ditandingi.

Ketap dan jilat bibir antara 'big no'. 3 tabiat ini perlu dijauhi

Kini korang perlu memakai pelitup muka tapi jangan ambil mudah aspek penjagaan bibir yang sempurna. Lebih-lebih lagi ketika di bulan Ramadan ini, usah biarkan ia kering dan menggelupas.

Dalam penjagaan kecantikan bibir, ada beberapa tip yang boleh korang amalkan setiap hari.

1. Minum air secukupnya
Lapan gelas sehari tetapi bukan minuman bergula. Minum ikut keperluan diri korang dan jangan berlebihan. Yang penting kekal terhidrat!

2. Elakkan gigit atau jilat bibir
Ini sangat penting. Ramai antara kita yang mempunyai tabiat menjilat bibir ketika kering. Perbuatan ini salah sebenarnya. Menjilat bibir tidak akan melembapkan malah membuatkan ia semakin kering.

Sama juga halnya dengan perbuatan mengupas kulit bibir yang kering, ia hanya menyebabkan bibir semakin teruk!

Ketap dan jilat bibir antara 'big no'. 3 tabiat ini perlu dijauhi

3. Skrub bibir
Skrub bibir dapat meninggalkan kulit mati. Pilihlah skrub yang bersesuaian dengan bibir anda. Atau buat sendiri skrub di rumah dengan mencampurkan satu sudu madu, satu sudu gula dan satu sudu minyak zaitun.

4. Pakai pelembap bibir
Jadikan lip balm sebagai amalan. Lip balm membantu memberi kelembapan dan melindungi bibir anda dari merekah. Sebaiknya, pilih lip balm yang mengandungi Sun Protection Factor (SPF) untuk melindungi bibir anda dari cahaya matahari.

Iklan

 

Baca juga: Mandi air panas buat kulit kering, ini 4 amalan tanpa sedar rosakkan kulit

 

5. Rawatan

Jika anda mempunyai bajet lebih, buat juga rawatan bibir di klinik yang diiktiraf. Contoh rawatan yang boleh dibuat adalah rawatan laser.

6. Kawal pernafasan
Cuba biasakan bernafas menerusi hidung dan bukannya mulut kerana nafas menerusi mulut boleh menjadi punca bibir kering.

Iklan

 

Ketap dan jilat bibir antara 'big no'. 3 tabiat ini perlu dijauhi

7. Jangan merokok dan minum minuman keras
Pastinya anda dilarang sama sekali untuk merokok atau minum minuman keras. Inilah penyumbang kepada bibir yang kering, kusam, merekah dan kehitaman.

Sebenarnya, penjagaan bibir ini sangat mudah. Tidak kira perempuan mahupun lelaki penjagaan bibir perlu dititikberatkan. Jangan malas okey!

 

Baca juga: Atisha kekal sihat dengan pilates

 

 

Foto: Sumber Google