MENDAPATKAN khidmat rawatan kuku di spa memang menyeronokkan. Bukan sahaja baik untuk kesihatan, tetapi ia menampakkan sisi penampilan yang menarik.

Namun, tidak semua daripada kita berkesempatan ke spa apatah lagi mengeluarkan wang untuk di sana.

Begitupun, jangan bimbang! Paling penting prihatin dan sifat bertanggungjawab perlu ada untuk mengelakkan hal yang tidak baik berlaku.

 

Baca juga: Kulit putih tak bermakna sihat ini beberapa kriteria yang wanita perlu ambil tahu

Baca juga: Guna minyak kelapa dara atasi sembelit ruam pada bayi ini 4 lagi manfaat lain yang sangat berguna

 

Perkara yang diperkatakan itu memang benar kerana jika kita tidak mengambil kisah atau pengotor, sudah pastinya mudah dijangki bakteria.

Oleh itu, berikut tip penjagaan kuku yang boleh diamalkan menurut stylecraze.com.

1. Bersihkan

Bersihkan kuku dengan menggunakan sabun bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria.

Bagaimanapun, lakukan secara lembut agar tidak menjejaskan lebih-lebih lagi ketika mencuci pinggan.

Langkah terbaik, gunakan sarung tangan sementara.

Pilih permukaan berus halus untuk membersihkan permukaan bawah kuku.

Caranya dengan campurkan air dengan garam dan gosok kuku perlahan-lahan.

2. Berhenti gigi kuku!

Kepada yang suka melakukan ini, tolong hentikan! Perkara ini bukan sahaja membuatkan korang terdedah kepada kotoran malah akan mengganggu pertumbuhan kuku.

3. Pelembap

Bukan sahaja kulit kering memperuntukkan kita untuk menggunakan pelembap, tetapi kuku juga perlu.

Kuku kering dan mudah rapuh akan menyebabkan kita berasa tidak selesa dan turut menjejaskan penampilan.

Oleh itu, gunakan krim pelembap agar kulit kelihatan lebih segar dan kuat.

Iklan

4. Potongan teratur

Sebagai orang Islam, kita boleh mengikut sunnah RASULULLAH yang memotong kuku pada setiap hari Jumaat.

Perkara itu bukan sahaja membantu penampilan kita agar kelihatan lebih kemas, tetapi ia sebenarnya baik untuk kesihatan kuku.

Kerap memotong kuku secara tidak langsung dapat mengurangkan pertumbuhan bakteria di bawah permukaan kuku.

Lakukan secara berhati-hati agar tidak tercedera atau jika ingin mendapatkan hasil yang lebih memuaskan, pergi sahaja ke spa kecantikan!

5. Pelindung

Gunakan produk cecair pelindung kuku bagi melindungi agar tidak rosak.

Iklan

Sapukan secara kerap atau mengikut kesesuaian aktiviti yang dilakukan.

Cara ini dapat mencegah daripada kuku patah atau calar.

Diharapkan perkongsian informasi ini dapat membantu anda untuk memiliki kuku yang lebih cantik.

Bagaimanapun, segalanya bermula dengan satu hal, iaitu rajin!

Ingat juga, jaga kebersihan dan kerap membersihkan tangan dan menggunakan sabun.

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram