3 kali cuba pulang ke UK sejak pandemik Covid-19 melanda, pemuda gembira kembali ke pangkuan keluarga

A
A
A

WABAK Covid-19 bukan sahaja mengancam nyawa dan tahap kesihatan, tetapi mengubah sama sekali cara dan gaya hidup manusia di seluruh dunia.

Pelbagai sekatan terpaksa dilalui sepanjang tiga tahun ini. Hingga ada yang terpaksa berjauhan dengan keluarga sejak Covid-19 melanda di seluruh dunia.

Seperti yang berlaku kepada seorang ekspatriat dari United Kingdom (UK), Ryan Howlett yang tidak berupaya pulang ke pangkuan keluarga walaupun setelah tiga kali mencuba.

Baca juga: [VIDEO]Ibu Pulang Mengejut Buat 4 Anak Mengalir Air Mata Bikin Ramai Sebak

“Selepas tiga tahun saya akhirnya dapat kembali ke UK untuk melihat keluarga saya dan ia adalah momen yang istimewa.

“Tiga percubaan sebelumnya untuk ke UK gagal.

"Pertama. pada tahun 2020, saya perlu kuarantin dua minggu di UK dan kuarantin dua minggu di Malaysia.Saya tidak boleh melakukan kerja dari rumah jadi tidak boleh kuarantin selama tempoh itu.

“Kedua pada musim panas 2021, saya tidak dapat kembali ke sana kerana vaksin Covid-19 yang diterima, Sinovac tidak diiktiraf di UK jadi masih perlu menjalani kuarantin yang lama

“Manakala kali ketiga adalah semasa Krismas 2021 apabila kes varian Omicron melebihi 250,000 di sana,” titipnya.

Baca juga: [VIDEO] Ibu tunggu anak balik jamah rendang, menangis lihat cuma jenazah melintasi rumah

Dalam hantaran di laman sosial Instagram, Howlett berkongsi detik bermakna setibanya di negara asal. Menerusi video berdurasi dua minit, pemuda itu merakamkan perjalanan pulang, saat-saat awal dia tiba di rumah dan disambut oleh ibu dan bapanya.

Manakala adiknya yang sudah mengetahui kepulangan si abang turut sama membantu pemuda itu memberikan kejutan.

Paling menyentuh hati, ibu bapa Howlett seolah-olah tidak percaya anak lelakinya itu berada di depan mata.

Warga maya turut meluahkan terharu menyaksikan perjalanan kembali Howlett setelah beberapa kali tidak berjaya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ryan Howlett (@ryanmahowlett)

Setelah bertahun-tahun menjalani situasi pandemik, semoga kita terus diberi kekuatan untuk melazimi segala perubahan yang sedang dan bakal berlaku.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang