KHASIAT minyak zaitun memang tidak dinafikan dan telah didokumentasikan manfaatnya sejak berabad lamanya.

Mengambil segala kebaikan daripada buah berkenaan, sebuah syarikat yang berinovasi tinggi yang memiliki jenama penjagaan kulit utama di Jepun, DHC, menyatukan kecanggihan sains masa kini dengan ilmu botani tradisional.

Ketua Pegawai Eksekutif DHC, Yoshiaki Yoshida berkata, pihaknya memperkenalkan DHC Olive Virgin Oil iaitu satu produk kecantikan yang terlaris sejak 40 tahun lalu sehingga ke hari ini.

DHC Olive Virgin Oil diperbuat menggunakan 100 peratus minyak zaitun organik perahan pertama (olive virgin oil) dengan gred tertinggi untuk melembapkan kulit walaupun dengan penggunaan setitik sahaja,” katanya ketika sidang akhbar secara virtual baru-baru ini.

Hadir sama pemenang pingat emas sukan renang negara, Cindy Ong.

Satu lagi produk, DHC Deep Cleansing Oil pula bertindak dua dalam satu iaitu sebagai penanggal solekan dan pembersih muka.

Ujar Yoshida, produk berkenaan pernah memenangi anugerah dengan penjualan melebihi 77 juta unit.

Kedua-dua produk teras ini digabungkan dengan dua produk DHC lain iaitu DHC Mild Foaming Face Wash dan varian DHC Deep Moistening Lotion yang membantu rutin penjagaan kulit Double Cleanse, Double Moisture.

“Produk-produk ini disyorkan untuk digunakan bersama satu lagi produk yang terlaris iaitu DHC Lip cream yang digemari ramai dan terjual melebihi 120 juta unit di serata dunia,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif DHC, Gary Gauntt berkata, pihaknya berbangga dan yakin dengan DHC kerana diperbuat daripada bahan semula jadi yang dipilih dengan teliti dan dirumuskan melalui kajian dan pembangunan serta teknologi yang maju di makmal di Jepun.

Berdasarkan sejarah, pertalian DHC dengan minyak zaitun berkualiti bermula pada lewat tahun 1970-an apabila Yoshida melawat Sepanyol.

Beliau terpegun dengan satu keluarga di sana yang juga merupakan pengusaha minyak zaitun sejak lebih daripada 200 tahun lalu.

Disebabkan rasa kagum dan keterujaannya, Yoshida merumuskan idea untuk menghasilkan satu rangkaian penjagaan kulit yang mengguna pakai teknologi Jepun terkini untuk memanfaatkan khasiat bersama minyak zaitun tulen yang diekstrak daripada buah zaitun organik dengan ramuan berkualiti lain yang berasal dari alam semula jadi.

Orang ramai boleh mendapatkan produk DHC boleh mendapatkan di kedai-kedai fizikal seperti Watsons, Play Up Beauty Store dan Don Don Donki termasuk menerusi Shopee and Lazada.

Maklumat lanjut tentang DHC dan rangkaian produknya, layari https://dhcmalaysia.com.