SEBAIK sahaja kerajaan mengumumkan aktiviti merentas negeri dibenarkan bermula pada 7 Disember lalu, nampaknya orang ramai  memanfaatkan peluang tersebut bercuti bersama famili dan sahabat.

Selain meneroka keindahan flora dan fauna di pulau menarik, masyarakat juga dilihat memilih untuk bersantai di destinasi bersuhu dingin khususnya Cameron Highlands.

Justeru, alang-alang menenangkan fikiran dan merakam koleksi foto #OOTD berlatarkan konsep ala Eropah di sana pastikan korang membeli buah strawberi sebelum pulang.

Maklumlah, buah yang membekalkan rasa masam manis itu bukan sahaja menyempurnakan trip percutian ke tanah tinggi berkenaan, malah ia memberi manfaat pada kesihatan dan kecantikan.

Jom segmen Sihat Cantik hari ini kongsikan tiga khasiat buah strawberi yang kaya serat dan tinggi antioksidan serta enzim antiradang.

1- Turun berat badan

strawberiBuah strawberi meningkatkan penghasilan hormon adiponektin dan leptin yang membantu menurunkan berat badan.

Ini disebabkan dua hormon itu berfungsi meningkatkan metabolisme, sekali gus membantu membakar lemak.

Pada masa sama, kandungan seratnya pula membantu melancarkan sistem pencernaan.

2- Pulih otot cedera

Iklan

gimSelain dijadikan pemanis natural dalam minuman, strawberi yang mengandungi 33 kalori itu membantu membaiki otot cedera.

Antiradangan di dalam buah berkenaan membantu mempercepatkan proses pemulihan terutamanya bagi mereka yang aktif melakukan senaman angkat beban.

3- Cantik kulit wajah

Iklan

strawberiDiperkaya dengan vitamin C ekstrak strawberi antara bahan yang sering digunakan dalam penghasilan produk kecantikan wajah.

Ia terdiri daripada krim pembersih dan topeng wajah. 

Penggunaan produk berasaskan strawberi secara konsisten dikatakan membantu menangalkan kotoran dan melembutkan kulit wajah.