Gingham Olfactory Bath & Body Works Malaysia tampil 4 wangian baharu yang memukau

BATH & Body Works Malaysia baru-baru ini memperkenalkan rangkaian eksklusif Gingham Olfactory yang meliputi produk penjagaan badan dan wangian rumah.

Kali ini, jenama terkemuka itu menampilkan empat wangian baharu yang bakal memukau deria bau anda.

Berikut perincian setiap koleksi:

GINGHAM GORGEOUS
Gingham Gorgeous adalah gabungan indah buah strawberi, nektar pic dan bunga peony. Harumannya memang tidak mungkin akan dilupakan.

GINGHAM VIBRANT
Paduan beri hitam liar, violet dan vanila lembut akan memberi aura bau yang mengujakan.

GINGHAM FRESH
Gabungan segar buah pear, clementine berkilauan dan bunga aster segar pasti memberi kesegaran serta membangkitkan keceriaan kepada pemakainya.

Iklan

GINGHAM & GINGHAM LEGEND
Apabila freesia biru, pic, clementine, ungu dan kasturi disatukan, ia akan memberikan bau-bauan sitrus.
Sementara Gingham Legend pula ada penyatuan kayu cendana, bergamot dan rizab kayu cendana yang menyenangkan.

Untuk keterangan lanjut, layari https://www.bathandbodyworks.com.my.

Iklan

 

BACA JUGA: Mudahnya! Hanya guna 2 bahan buat sendiri jer air freshner, baju wangi almari pun tak berkulat

BACA JUGA: Penapis Pancuran Mandian Jolie solusi mudah rawat air tercemar, hindar bau klorin terlalu kuat