Guna bahan-bahan grade A, baru Puding Diraja sedap dan cantik. Ini petua Nur Hashimah wajib follow

A
A
A

SEBUT sahaja Puding Diraja, pasti ramai terus terfikir air tangan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang handal menyediakan pencuci mulut itu.

Seiring dengan perkembangan zaman, kulinari berkenaan bukan sahaja boleh dilakukan oleh kerabat diraja, malah rakyat marhaen kini sudah pandai memasak dan mengolahnya mengikut cita rasa sendiri.

Seorang peniaga kuih-muih, Nur Hashimah Rahim berkata, memandangkan di Melaka manisan tersebut tidak dijual secara meluas, beliau mengambil kesempatan berniaga kuih Puding Diraja itu dengan penduduk sekitar.

"Dengan kemahiran yang ada, saya beranikan diri dengan perkenalkan sajian tersebut di tempat saya. Saya sendiri tidak sangka sambutan yang diterima amat menggalakkan kerana umumnya sajian ini lebih popular di kawasan Pantai Timur.

"Alhamdulillah, dengan reaksi positif itu hampir setiap hari, saya akan meletakkan kuih Puding Diraja di kedai-kedai dan sebahagiannya melalui tempahan secara dalam talian. Pelanggan saya bukan sahaja orang Melaka, tetapi dari negeri-negeri lain," kata anak jati Kelantan itu ketika dihubungi baru-baru ini.

Baca juga: Resipi spageti goreng ringkas, mudah & sedap tak terkata confirm anak suka

Bagi menghasilkan air tangan yang terbaik, Nur Hashimah berkata, beliau amat teliti dan sangat menitikberatkan cara penyediaan dari segi sukatan dan bahan-bahan.

"Segalanya mestilah yang elok. Sebagai contoh, saya menggunakan telur gred A dan berkualiti supaya dapat menghasilkan tekstur jala mas yang cantik. Dengan cara itu, kuih tidak berbau hanyir dan tidak terlalu manis," kata yang mengolah sedikit resipi tersebut.

 

Beritahu Nur Hashimah lagi, antara perkara yang paling sukar dalam pembuatan hidangan klasik itu adalah bagaimana menghasilkan jala mas yang sempurna.

"Dalam hal ini, nasihat saya kepada mereka yang ingin buat pencuci mulut ini, pastikan telur yang digunakan dalam keadaan segar dan sejuk. Kalau tidak, jala tak akan menjadi," katanya memberi panduan. -NUR SUHAIMA NORDIN

Baca juga: Ubah selera anak-anak dengan buat homemade English Muffin. Resipi ni gerenti jadi

RESIPI PUDING DIRAJA 

Bahan-bahan untuk jala mas

7 biji telur

2 senduk gula

2 cawan air

Daun pandan

Bahan-bahan untuk hiasan

3-5 biji pisang lemak manis

Buah ceri

Kacang gajus

Buah prun

Bahan untuk kuah

3 biji kuning telur

1 tin susu cair

1/2 tin air

1 sudu kecil esen vanila

1/2 senduk gula

1 helai daun pandan

Baca juga: Rangup & garing, jom cuba resipi lauk pantang bawang ikan bilis, buang angin & panaskan badan

Cara penyediaan:

Jala mas:

1. Asingkan kuning telur. Kemudian, kacau kuning telur dengan sebati.

2. Masukkan air, gula dan daun pandan ke dalam periuk sehingga mendidih. Kemudian, keluarkan daun pandan.

3. Perlahankan api. Tuang kuning telur pada jarak yang tinggi menggunakan acuan.

4. Keluarkan jala mas yang sudah masak dan tapis baki air manis tersebut.

Sos kastard:

1. Masukkan susu cair, kuning telur, gula, esen vanila dan air ke dalam bekas.

2. Simpulkan daun pandan dan masukkan ke dalam adunan.

3. Didihkan air di dalam periuk. Kemudian, kukus bahan tadi.

4. Kacau sehingga kuah puding menjadi pekat.

5. Tutup api dan sejukkan di dalam peti ais.

Pisang goreng:

1. Panaskan minyak dan mentega dalam periuk.

2. Masukkan pisang ke dalam periuk dan goreng hingga pisang berwarna keemasan.

3. Kemudian angkat pisang yang telah digoreng dan tapiskan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca