BERDASARKAN statistik tahun 2020, seramai 149.2 juta kanak-kanak di bawah umur lima tahun mengalami masalah bantut (terlalu pendek untuk umur mereka) dan 45.4 juta pula susut berat badan (terlalu kurus untuk ketinggian mereka), lapor Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Sementara itu, seramai 38.9 juta kanak-kanak mengalami masalah kegemukan (terlalu berat untuk ketinggian mereka).

Kajian negara membangun pula menunjukkan kanak-kanak yang berdepan masalah malnutrisi berisiko besar mengalami tumbesaran lemah dalam fasa awal kehidupan mereka.

 

Pemakanan yang tidak mencukupi pada 1,000 hari pertama fasa awal kanak-kanak menyebabkan pertumbuhan terbantut, mempengaruhi perkembangan kognitif dan menjejaskan prestasi sekolah.

Untuk jangka panjang pula, risiko yang bakal dihadapi adalah tahap ketinggian yang lebih rendah pada peringkat dewasa dan kesan kepada produktiviti.

Di Malaysia, masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak akibat malnutrisi diklasifikasi sebagai masalah serius.

Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, sebanyak 21.8 peratus kanak-kanak di bawah usia lima tahun mengalami masalah bantut (hampir 10 kali ganda purata global).

SUMBER Ketut Subiyanto daripada PEXELS.

Kadar penyusutan berat badan juga meningkat kepada 9.7 peratus pada tahun yang sama, sementara peratusan kanak-kanak dengan berat badan rendah meningkat kepada 14.1 peratus.

Sungguhpun Malaysia mempunyai bekalan makanan yang baik, stabil dan mampu beli, namun ia masih dibebani dengan jurang malnutrisi.

Berdasarkan perangkaan, negara menduduki tempat kedua di Asia Tenggara bagi sekuriti makanan.

Baca juga: Bukan faktor keturunan atau genetik jadi punca anak terbantut. Ini sebab-sebab lainnya

Baca juga: Air kopi buatkan pertumbuhan tulang si kecil terbantut. Berikut bahana lain yang menanti

Pun demikian, dalam jangka panjang, trend global mampu mengancam kestabilan makanan dalam negara, sekali gus menyebabkan kebergantungan terhadap import.

Keadaan tersebut akan memburukkan lagi masalah malnutrisi yang sudah sedia wujud di negara ini.

SUMBER Ksenia Chernaya daripada PEXELS.

Oleh itu, untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah jurang nutrisi, kita perlu melihat menjangkaui aspek sekuriti makanan konvensional dan menilai pola pemakanan dalam kalangan penduduk.

Ia merupakan salah satu kaedah meningkatkan kesedaran orang ramai tentang masalah malnutrisi dan kesannya terhadap kanak-kanak.

PERANAN IBU BAPA

Sehubungan itu, sebagai ibu bapa, anda harus memiliki akses kepada maklumat penting yang membantu anak-anak membuat keputusan terhadap pilihan makanan yang tepat.

Selama 1,000 hari pertama seorang anak adalah sangat mustahak.

Iklan

Antara yang perlu diberi perhatian adalah dari segi pemilihan formula pertumbuhan, pastikan kandungannya mempunyai nutrisi asas seperti kalsium, protein dan karbohidrat.

Nutrien penting yang lain ialah seperti asid dokosaheksaenoik (DHA), membran globul lemak susu (MFGM), asid arakidonik (ARA), inositol dan kolin yang dapat membantu perkembangan otak serta menyokong sistem imun termasuk resporatori yang sihat.

SUMBER Pixabay daripada PEXELS.

Di Mead Johnson Nutrition (bahagian Reckitt) mereka sentiasa memastikan kandungan penting seperti DHA, MFGM dan ARA turut disertakan.

Pada masa, Mead Johnson berpendapat, penyebaran kesedaran dalam kalangan ibu bapa dan penjaga adalah penting, selain kerjasama antara pelbagai pihak berkepentingan.

“Kami menyokong perkongsian dengan penggubal dasar dan pemimpin kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan untuk meningkatkan kesedaran awam.

“Kami melakukannya menerusi pelbagai inisiatif dan acara dalam menggalakkan penglibatan, ketelusan dan penambahbaikan berterusan tentang nutrisi,” kata mereka dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Mead Johnson berkata, ketidakterjaminan sekuriti makanan dalam kalangan kanak-kanak boleh memberi kesan berkekalan terhadap kesihatan dan nutrisi individu.

Iklan

Walaupun masalah malnutrisi boleh didedahkan dalam pelbagai cara yang berbeza, jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut adalah sama.

“Ia melibatkan nutrisi yang mencukupi bagi ibu sebelum dan semasa hamil serta semasa penyusuan, menggalakkan tabiat pemakanan yang pelbagai, seimbang dan berkhasiat dan mempunyai persekitaran yang sihat,” kata mereka.

SUMBER Shvets Production daripada PEXELS.

Beritahu Mead Johnson lagi, Malaysia sedang mengalami ‘beban berganda’ dengan masalah bantut dan penyusutan berat.

Justeru, wujud satu keperluan kritikal untuk menangani masalah malnutrisi pada peringkat akar umbi.

“Kami kritis terhadap usaha mengukuhkan pengetahuan umum mengenai keperluan nutrisi di kalangan kanak-kanak dan dewasa, menganjurkan program makanan sekolah sejagat dan berusaha ke arah meningkatkan status nutrisi ibu hamil,” kata mereka.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.