Inspirasi dari Itali, Maggi perkenal perisa Aglio Olio dan Tomato Delight yang semestinya lazat tak terkata
MAGGI baru-baru ini memperkenalkan rangkaian mi segera yang baharu, MAGGI Nutri-licious, khusus untuk pengguna yang mencari pilihan yang lebih sihat dan lazat tak terkata.
Menariknya, MAGGI Nutri-licious menjadi mi segera pertama di Malaysia yang diiktiraf dengan logo Pilihan Lebih Sihat.
Ia merupakan satu inisiatif pelabelan bahagian hadapan pembungkusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi pilihan makanan yang lebih sihat.
Ketua Pegawai Eksekutif, Nestle (Malaysia) Berhad, Juan Aranols (gambar) berkata, MAGGI Nutri-licious menawarkan dua pilihan berinspirasikan Itali iaitu Aglio Olio dan Tomato Delight yang diperbuat daripada tepung gandum bijian penuh dari Australia.
Tomato Delight merupakan gabungan perisa masam manis pes tomato, manakala Aglio Olio pula menggunakan minyak bawang putih yang menyelerakan untuk membangkitkan selera penggemar.
Kata Aranols, produk terkini itu dihasilkan melalui teknologi pengeringan udara dan tanpa digoreng untuk mengurangkan kandungan lemak dan mencapai tekstur mi yang lebih kenyal.
"Selain daripada kebaikan bijian penuh, inovasi baharu ini juga menjadi sumber protein, serat dan vitamin B6 bagi memberikan pilihan yang lebih sihat untuk seisi keluarga.
"Anda digalakkan untuk menambah sayur-sayuran dan sumber protein kegemaran seperti udang, sotong, daging atau telur untuk hidangan yang seimbang dan lebih berkhasiat,” katanya.
Mengulas lanjut, ujar Aranols, sebagai langkah permulaan oleh jenama MAGGI di Malaysia, MAGGI Nutri-licious menggunakan 30 peratus pembungkusan plastik boleh kitar semula untuk bungkusan luaran bagi menyokong usaha memelihara alam sekitar.
Selain daripada kebaikan bijian penuh, inovasi baharu ini juga menjadi sumber protein, serat dan vitamin B6 bagi memberikan pilihan yang lebih sihat untuk seisi keluarga.
"Usaha ini mengukuhkan lagi komitmen Nestle dalam memenuhi matlamat syarikat untuk mengurangkan penggunaan plastik yang baharu sebanyak satu pertiga menjelang tahun 2025," katanya.
Sementara itu, seorang pakar dietetik, Indra Balaratnam menyarankan pengambilan bijian penuh dalam diet harian.
BACA JUGA: Resipi murtabak Maggi special
BACA JUGA: Bangganya, Penang White Curry Noodles dipilih mi sup segera terbaik di Amerika Syarikat
Kata Indra, bijian penuh adalah berkhasiat dan kaya dengan serat makanan, vitamin serta mineral untuk memberikan pelbagai manfaat kesihatan.
"Pengambilan bijian penuh dikaitkan dengan kadar risiko penyakit jantung, diabetes jenis 2 dan sesetengah jenis kanser yang lebih rendah, selain menyokong fungsi penghadaman dan pengurusan berat badan,” katanya yang turut menyarankan orang ramai supaya menganalisis ramuan dan nilai pemakanan makanan yang dimakan.
Untuk maklumat lanjut tentang MAGGI Nutri-licious, layari https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-nutri-licious/
BACA JUGA: Pening fikir nak masak apa hari ini? Apa kata cuba perencah ini, gerenti masakan anda menjadi!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang