‘Minat salin ayat al-Quran sejak kecil’. Umur baru 9 tahun, tapi tulisan jawi Aiman macam pakar khat

No Image Caption
A
A
A

ALHAMDULILLAH, anak soleh abah dan mama memang minat tulis ayat-ayat suci al-Quran sejak mengenal alif ba ta…sekarang suka salin ayat al-Quran.”

Itu luahan penuh syukur seorang ibu, Syina Hakim apabila melihat minat luar biasa anak lelakinya, Aiman terhadap kaligrafi dan tulisan ayat-ayat suci sejak kecil.

Lebih membanggakan, kanak-kanak lelaki itu baru berusia sembilan tahun.

Tulisan jawi yang kemas dan halus seolah-olah ditulis oleh seorang pakar khat cilik membuat ramai terpegun, termasuk warga maya yang tidak putus-putus meluahkan rasa kagum dan mendoakan kejayaannya.

No Image Caption

“Masya-ALLAH, cantik tulisan jawi dia. Saya yang dewasa pun tak mampu tulis secantik tu!,” komen seorang pengguna TikTok, @jamiah.

Pujian tersebut disambut penuh rendah hati oleh si ibu dan membalas komen: “Insya-ALLAH, satu hari nanti mesti boleh. Terima kasih doakan Aiman.”

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Lebih menyentuh hati, Aiman bukanlah anak yang 'biasa-biasa'. Si comel itu pernah mengalami speech delay dan hanya mula bercakap ketika berusia enam tahun.

Namun, siapa sangka daripada cabaran itu tumbuh satu kelebihan yang tidak terduga. Bakat seni menulis ayat al-Quran!

Menurut Syina, minat Aiman sebenarnya datang sendiri.

No Image Caption

Semuanya bermula daripada kecintaan terhadap melukis, kemudian berkembang kepada menyalin ayat al-Quran yang dilihat di YouTube.

“Dia suka tengok video kaligrafi dan terus tiru. Kami cuma sokong minat dia,” ujar Syina ringkas sambil merendah diri walaupun anaknya kini menjadi inspirasi buat ribuan orang.

No Image Caption

Netizen turut berkongsi rasa. Antara komentar yang dikongsikan:

“Malu acik yang umur 28 tahun ni pun tak pandai tulis secantik tulisan dia…semoga menjadi anak yang terang hati dalam menimba segala ilmu.” - @ASYIERA

“Cantik tulisannya...cara pegang pensel pun sama macam hafiz cilik adik ziyad..” - @Mariachumil

“Ya ALLAH!!! Setuju sangat, ini contoh anak kebanggaan ummah. Alhamdulillah!!! Tahniah dikurniakan rezeki anak soleh yang hebat.” - @Naimah | moncoue®

No Image Caption

“Gifted from ALLAH.” - @Juryana

“Betul, inilah patut yang dibanggakan..adik pakcik pun tak mampu nak tulis macam adik…”- @kenji

“ALLAH...bagus betul anak soleh ni..cantik pulak tulisannya walaupun nampak kekok stail pegang pensel tu. Semoga jadi anak soleh yang membahagiakan abah dan mamanya. Moga suatu hari jadi hafiz yang dapat menarik kedua-dua abah dan mama ke syurga…” - @shabihah4

Namun, dalam kekaguman, terdapat juga suara yang mengingatkan bahawa setiap anak ada keistimewaan masing-masing.

Kelebihan tersebut bukannya untuk dibandingkan, tapi diraikan dengan penuh kasih dan syukur.

“Tak baik sis cakap mcm tu. Semua anak patut kita banggakan. Rezeki dan kelebihan mereka berbeza,” tulis seorang pengguna lagi pengguna TikTok, @ŘůbĩÅřįẽş.

Memang benar, bukan semua anak suka menulis dan bukan semua berbakat dalam seni.

Namun setiap seorang ada sinarnya tersendiri. Aiman menjadi simbol bahawa setiap cabaran boleh menjadi anugerah, asalkan diberi ruang, sabar dan bimbingan.

Buat ibu bapa di luar sana, kisah Aiman membuktikan bahawa anak-anak bukan hanya perlu diasah akademik, tapi juga diberi kebebasan memilih jalan minat mereka. Lebih-lebih lagi jika ia membawa mereka dekat dengan agama.

Semoga Aiman terus membesar menjadi anak yang soleh, pencinta al-Quran dan sumber bahagia buat ibu bapanya dunia akhirat.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang