Daripada motosikal kapcai hingga ke singgahsana. Ini kisah inspirasi Kak Ani suntik motivasi wanita

No Image Caption
A
A
A

SANGGUP menebalkan muka dan mengetuk setiap pintu rumah demi bisnes katering kecil-kecilan.

Itu antara ikhtiar tekad yang pernah dilalui seorang wanita hebat bernama Che’ Rohani Yusof.

Lebih mesra disapa Kak Ani, beliau rela memikul beban album pengantin yang berat, dibawa ke hulu dan ke hilir untuk memperkenalkan jenama Ani Catering & Wedding Planner yang kini semakin kukuh berdiri.

Ketika ditemui SinarPlus, beliau memberitahu, semua jerih perih berkenaan sanggup digalas sendirian demi membesarkan dua anak yang masih kecil tanpa bantuan seorang suami.

No Image Caption

“Sebelum ini, saya terlalu sibuk bekerja dengan orang. Anak-anak jadi mangsa sampaikan mereka terabai dan kurang kasih sayang. Sehinggalah pada satu hari saya nekad berhenti kerja. Saya mahu tebus balik masa yang hilang bersama mereka.

Artikel Berkaitan:

“Dalam masa sama, krisis rumah tangga membuatkan saya semakin yakin untuk bangkit sendiri. Hidup ini tak boleh bergantung pada orang lain,” luah wanita tabah berusia 61 tahun itu.

No Image Caption

Tanpa berselindung, usahawan makanan itu mengakui, kegagalan perkahwinan pertama menjadi titik tolak untuk dirinya lebih memahami erti kehidupan sebenar.

“Kalau dikenang balik, memang sudah kering air mata. Anak masih kecil waktu itu...saya dukung, usung ke sana ke mari, semata-mata nak cari suami yang hilang tanpa khabar.

“Betul orang kata, kalau bercerai hidup, sakitnya sampai ke mati. Saya dah cuba macam-macam untuk selamatkan rumah tangga. Tapi bila dia tetap tak berubah, semua usaha itu jadi sia-sia,” ujarnya yang sarat dengan luka yang tersimpan bertahun-tahun.

Anehnya, di sebalik ujian berat yang ditanggung, tersembunyi kekuatan cukup luar biasa.

No Image Caption

Bersembang dengan nenek kepada dua cucu itu, rupa-rupanya beliau sebelum ini pernah menimba pengalaman di firma audit selama lapan tahun sebelum berhijrah ke syarikat pembinaan selama 18 tahun.

Cerita anak jati Perak berkenaan, kerjaya bermula kerani biasa hingga bergelar pengurus di firma audit mengajarnya selok-belok dunia perniagaan, sekali gus memupuk minat untuk berniaga sendiri.

“Bayangkan saya sanggup menunggang motosikal kapcai seorang diri dari Kuala Lumpur ke Shah Alam dengan keadaan jalan zaman itu memang teruk. Pernah sangkut dengan banjir dan terlibat kemalangan.

“Namun, semua halangan itu tak buat diri serik disebabkan saya jenis agresif dan suka belajar. Bila dapat kerja di syarikat pembinaan, ia membuka lagi peluang saya untuk terokai perkara baharu,” ceritanya.

Takdir Tuhan

Tidak betah duduk diam, pemegang sijil kemahiran rawatan radio dan televisyen di bawah Majlis Amanah Rakyat itu juga turut bersekang mata melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dalam pengkhususan perakaunan.

Memulakan perniagaan sendiri dengan wang simpanan RM30,000 di Bangi tidak semudah yang disangka. Segala-galanya bermula daripada kosong tanpa rakan kongsi atau suntikan modal besar.

Berbekalkan semangat yang tidak pernah padam, pemegang lesen kenderaan barangan itu mula menerima tempahan makanan untuk majlis korporat, kerajaan dan perkahwinan. Paling untung besar, job tempahan makanan untuk 2,000 pelatih sehari!

No Image Caption

Namun langit tidak selalu cerah. Seperti usahawan lain, Kak Ani juga tidak terlepas badai pandemik Covid-19. Perintah Kawalan Pergerakan yang melanda seluruh negara hampir melumpuhkan segala impian.

“Sebelum berlakunya Covid-19, saya sebenarnya sudah tinjau tapak baharu untuk dijadikan pusat sehenti bagi majlis perkahwinan termasuklah kelengkapan dewan serba lengkap.

“Nak dijadikan cerita, ada tapak pasar moden yang terbengkalai lebih 11 tahun dibuka untuk sewaan di Shah Alam. Jadi, saya rebut peluang dan ubah suai menjadi pejabat utama seperti yang diimpikan,” katanya penuh semangat.

No Image Caption

Berbekalkan duit simpanan berjumlah RM1juta, tapak pasar moden tersebut berubah wajah dengan fasiliti penuh seperti lot parking, tandas, surau dan bilik persalinan.

Bukan itu sahaja, premis berkeluasan 47,200 x 51,500 kaki persegi itu juga mempunyai butik pengantin yang menempatkan lebih 500 pasang persalinan dan dijahit khas oleh jurujahit persendirian.

Itu antara perkongsian Edika, atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abd Majid, 58 ketika ditemu SinarPlus dalam satu majlis rumah terbuka baru-baru ini selepas ditanya mengenai kemelut yang melanda rumah tangga beliau bersama Nor Hidayah Rosli.

Februari lalu, peminat pasangan tersebut dikejutkan apabila isterinya memfailkan perceraian terhadap pelakon tersebut dan kini kes mereka masih dalam proses mahkamah.

Imbas kembali, Hidayah hilang deria pendengaran dan percakapan, malah lumpuh sebahagian anggota badannya selepas beberapa hari melahirkan anak kedua mereka.

Bermula daripada demam panas, jangkitan kuman merebak hingga ke kepala mengakibatkan Hidayah koma selama sembilan hari.

Ketika sedarkan diri, Hidayah tidak lagi dapat menggerakkan badannya dari dada ke kaki. Malah, bahagian wajahnya di sebelah kiri herot menyebabkan sebelah mata tidak boleh dibuka

#edikayusof #pelakon #selebriti #Artismalaysia #rumahtangga #SinarPlus #lifestylesinarharian" />

Setiap material fabrik untuk desain songket, sulaman, sut dan gaun moden diimport khas dari Bangkok, China dan Bandung, Indonesia untuk tarikan busana lain daripada lain.

Pemilik Laman Singgahsana by Ani Catering & Wedding Planner di Alam Megah itu juga turut mengalu-alukan orang ramai menempah dewan Singgahsana Glam Hall dan Singgahsana Garden Hall by Ani Catering & Wedding Planner di Plaza Alam Sentral Shah Alam.

No Image Caption

Beliau yang juga vendor untuk dewan di sekitar Shah Alam, Seri Kembangan dan Putrajaya itu turut menerima tempahan sekitar Kuala Lumpur, Seremban serta Melaka.

Sebelum menutup perbualan, Kak Ani turut menitipkan kata-kata semangat buat golongan wanita di luar sana.

“Jangan takut. Insya-ALLAH ada rezeki yang ALLAH sudah susun terbaik buat kita. Paling penting, kita kena rajin berusaha dan sentiasa kuat semangat. Jangan sesekali lupa kepada DIA. Insya-ALLAH semuanya selamat.

No Image Caption

“Lagi satu, kita juga kena rajin ikut kelas atau kursus kemahiran yang boleh membantu menjana pendapatan.

"Bagi saya, kita kena berani dan jangan sesekali adik-beradik dibuat musuh. Sebab apa? Sokongan moral famili itu sangat penting,” pesannya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang