Raih pingat Olimpik Paris 2024 pertama negara, Aaron Chia dedikasikan sempena ulang tahun kelahiran isteri tercinta. 'Happy birthday my love'
KEJAYAAN pasangan beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghadiahkan pingat pertama negara pada Sukan Olimpik Paris 2024 cukup membanggakan.
Menerusi perkongsian laman sosial, Aaron menghadiahkan pingat gangsa yang dimenangi buat isteri tercinta.
"Happy birthday to my love.
"Hope that this could be the most special birthday gift for you," kongsi Aaron memuat naik foto beliau dan isteri, Mei Qi di Instagram.
Hantaran berkenaan meraih perhatian ramai sekali gus menerima ucapan tahniah daripada warga maya.
Sekadar info, Aaron, 27, dengan Mei Qi atau nama sebenarnya Goh Mui Kee, 32, melangsungkan perkahwinan mereka pada 16 September 2022 selepas pemain beregu ranking kelima dunia itu pulang dari Sukan Olimpik Tokyo 2022.
Rumah tangga mereka diserikan dengan kehadiran dua cahaya mata perempuan iaitu Alvee dan Elisa yang kini berusia sembilan dan lima tahun.
Aaron sudah pasti seorang suami dan bapa yang penyayang. Tidak terlalu berahsia tentang keluarga, pemain berasal dari Batu Berendam, Melaka dan sering memuat naik foto isteri dan anak-anak di Instagram terutama ketika meraikan momen bermakna.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang