Syed Saddiq rempuh pokok tumbang bangkit tamatkan perlumbaan. 'Paling bermakna mama kalungkan pingat Ironman'

No Image Caption
A
A
A

WALAUPUN terjatuh daripada basikal semasa kejohanan Ironman Malaysia, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya tamatkan perlumbaan.

Paling sweet, pingat finisher yang dimenangi menjadi dedikasi istimewa buat kedua ibu bapanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz.

Berkongsi momen bermakna, Syed Saddiq mendedahkan pelbagai cabaran ditempuhi namun ia tidak mematahkan semangatnya menamatkan perlumbaan di tempat keenam.

“Syed Saddiq, anda seorang Ironman”.

"Saya mendedikasikan kemenangan ini kepada Mama dan Abuyah yang mendidik saya agar tidak berputus asa serta terus berusaha walaupun berhadapan dengan masalah.

No Image Caption

"Apabila jatuh, bangkit semula dan lawan! Saya hanya belajar berenang pada bulan Februari dan memiliki basikal triatlon terpakai pertama pada April serta belajar untuk berlari dengan melawan asma yang dihidapi.

Artikel Berkaitan:

"Hari ini, saya menyempurnakan full-Ironman (berenang 3.8 kilometer (km), berbasikal 180km dan berlari 42.2km masa 13 jam 13 minit!

"Hampir empat jam sebelum masa tamat dan menduduki tempat keenam dalam kategori umur saya.

"Momen terakhir paling bermakna kerana mama yang mengalungkan pingat Ironman ," kongsinya.

No Image Caption



Syed Saddiq terdahulu terlibat kemalangan apabila yang mana ketika kejadian cuaca hujan lebat dengan ribut kuat sehingga menyebabkan pokok tumbang dan waktu itu beliau sedang menuruni bukit pada kelajuan 32 hingga 33 kilometer sejam (km/j).

“Apabila pokok tumbang saya nak elak. Sebelah jalan penuh, bila saya nak belok ke kanan ada penunggang basikal di sebelah kanan dan ada kereta lalu.

"Tanpa kecederaan, saya dapat bangun semula. Biarpun 30 minit telah berlalu saya tetap tamatkan perlumbaan dalam empat jam sebelum masa penamat,” katanya.

No Image Caption

Politikus kacak berusia 32 tahun itu berterima kasih dengan para sukarelawan yang membantu membuang duri pokok tersebut, membetulkan basikalnya dan memberikan bantuan kecemasan.

Sumber: Instagram, X Syed Saddiq

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang