Noor Kartini doa jodoh buat Nabila, bahagia selamanya sampai syurga 'Janji Allah yang tiada hijab'

No Image Caption
A
A
A

Tiada ibu di dunia ini sanggup melihat anaknya meniti kehidupan akan datang berseorangan tanpa pasangan, terutamanya anak perempuan.

Apa yang mereka harapkan adalah hadirnya seseorang yang mampu menjaga dan memberikan kebahagian buat pertama hati mereka.

Itulah yang dirasai oleh ibu kepada usahawan dan selebriti Neelofa iaitu Datin Noor Kartini buat anaknya, Noor Nabila Mohd Noor.

Melalui satu hantaran di aplikasi Tiktok miliknya, beliau sempat menitipkan doa buat Noor Nabila sempena hari kelahiran anak perempuannya itu baru-baru ini.

No Image Caption

"Dengan terbentang luas tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi, dengan iringan para malaikat menyambut doa keramat dari seorang ibu, dengan janji Allah doa yang tiada hijab.

"Doa ijabah sebagai seorang ibu, tanggungjawab mama mendoakan yang terbaik untuk Nabila dan seluruh keturunan.

"Moga sentiasa dalam pandangan rahmat Allah, diselimuti nur kasih Allah, diberkati setiap langkah perjalanan kehidupan, diangkat darjat dan martabat dengan umur yang panjang lagi berkat. Kesihatan yang sejahtera dengan keafiyatan dan rezeki yang melimpah ruah, yang mudah, yang tidak memenatkan, yang berkat dan sentiasa dalam redha Allah," ditulisnya di ruangan kapsyen.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Dalam pada itu, beliau turut menitipkan doa agar Nabila dikurniakan suami yang dapat memberinya kebahagiaan.

"Semoga anak keturunan Nabila menjadi keturunan yang soleh, beriman, baik, menjaga nama baik keturunan dan maruah keturunan, berjaya dan bahagia dunia akhirat.

"Setiap doa-doa Nabila yang baik-baik dan yang dalam jagaan Allah dikabulkan Allah tanpa tangguh.

"Mama doakan Allah kirimkan seorang suami yang dapat membahagiakan Nabila dan Jayden selama lamanya sehingga ke syurga. Amin. Love you sayang," tambah beliau.

@noorkartini66

Dengan terbentang luas 7 lapis langit dan 7 lapis bumi dengan iringan para malaikat menyambut doa keramat dari seorang ibu yg dengan janji Allah doa yg tiada hijab, doa ijabah sebagai seorang IBU tanggung jawab mama mendoakan yg terbaik untuk nabila dan seluruh keturunan moga sentiasa dlm pandangan rahmat Allah, diselimuti nur kasih Allah, diberkati setiap langkah perjalanan kehidupan diangkat darjat dan martabat dengan umur yg panjang lagi barokah, kesehatan yg sejahtera dgn keafiyatan dan rezeki yg melimpah ruah, yang mudah, yang tidak memenatkan yang barokah dan sentiasa dlm redha Allah.. Semoga anak keturunan nabila menjadi keturunan yg soleh, beriman, baik dan menjaga nama baik keturunan dan maruah keturunan dan berjaya dan bahagia dunia akhirat, setiap doa2 nabila yg baik2 dan yg dlm jagaan Allah diqabulkan Allah tanpa tangguh dan mama doakan Allah kirimkan seorang suami yg dapat membahagiakan nabila dan jayden selama lama nya sehingga ke syurga...amiin Allahumma amiin. Love you sayang

Bawalah Pergi Cintaku Cover by MarioGKlau - mudain_id

Terdahulu, Noor Nabila pernah berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada Mac 2017 namun bercerai pada tahun 2020.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden.

Kemudian, Nabila berkahwinn pula dengan Engku Emran pada mac 2021 namun bercerai pada 2023.

Semoga yang terbaik buat Nabila ya, sama-sama kita doakan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang