Tahniah! Usia bukan penghalang, Anne Ngasri jadi inspirasi genggam Diploma KLTVET kala 39 tahun

No Image Caption
A
A
A

USIA tidak menjadi penghalang untuk menuntut ilmu kerana pembelajaran adalah sepanjang hayat. Tiada istilah lambat, ia hanya kejayaan yang tertunda dan pelakon serta Timbalan Pengerusi Giatmara, Datin Anne Ngasri sudah membuktikannya.

Baru-baru ini, pemilik nama Naszriah Ngasri, 39, menamatkan pengajian peringkat diploma dari Kuala Lumpur Business & TVET Institute (KLTVET).

No Image Caption

Menerusi perkongsian di media sosial, Anne berkongsi momen bermakna dan tampil ceria menggayakan jubah konvokesyen. Dalam pada itu, ibu kepada enam cahaya mata tersebut menyatakan kesyukuran.

"Dalam setiap peristiwa penting yang saya lalui, sentiasa ada nota kecil di bahagian bawah yang berbunyi, 'Alhamdulillah Ya ALLAH berkatilah," kongsi Anne.

Artikel Berkaitan:

Bekas pelakon kanak-kanak popular itu kelihatan berseri-seri dan anggun mengenakan hijab rona merah sambil memegang erat diploma yang diraih.

No Image Caption

Tahniah diucapkan buat Anne Ngasri yang mencapai cita-citanya dan berjaya menggenggam Diploma Profesional Kemahiran (RFEL) KLTVET.

Anne yang aktif dalam bidang politik kini merupakan Exco Wanita UMNO Malaysia. Kejayaan diraih Anne menjadi inspirasi warganet dan sempat menitipkan ucapan tahniah buat pelakon yang sentiasa tampil awet muda itu.

Ujar mereka:

"Madihah (watak Anne dalam drama Dunia Baru) konvo. Tahniah"

"Memang macam student yang umur 20-an."

"Alhamdulillah, inspirasi. Well done and congratulations, keep it up."

"Tahniah Anne, usia bukan penghalang."

No Image Caption

Anne merupakan suri hati kepada Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan. Mendirikan rumah tangga pada 22 Disember 2012, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Sufi Harraz, 11, dan Nefa Naura, 6.

Adik kepada Bell dan Darling Ngasri itu terdahulu berkahwin dengan Abdul Wafi Hassan pada 26 Mei 2006. Hasil perkongsian hidup, Anne dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Abdul Warits, 18, Abdul Wafri, 16, dan Nazharah Afrozah,14.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang