TAMPIL dengan desain lebih klasik dan autentik! Pengenalan empat peranti baharu oleh pengeluar peralatan audio terkemuka, JBL membuatkan ramai peminatnya kagum.

Mana tidaknya, jenama tersebut menawarkan JBL Authentic 200, 300, 500 dan BT Spinner dengan gaya vintaj sekali gus membawa peminatnya mengimbau semula kenangan zaman silam.

Pengarah Urusan Global Best United (M) Sdn Bhd, Henry Yap berkata, siri rangkaian produk baharu, JBL Authentic menawarkan pakej terbaik dengan kehebatan teknologi audio abad ke-21.

“Pengenalan pembesar suara dan meja putar baharu adalah bukti kesungguhan JBL untuk mereka bentuk gajet lebih kehadapan demi memenuhi gaya hidup versatil.

JBL

“Menariknya, pembantu suara yang boleh disambung terus dengan aplikasi Google dan Amazon merupakan satu keunikan integrisi baharu untuk jenama yang sudah dikenali lebih 77 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Jerayawara Heart of Sound JBL 2023 yang berlangsung di Centre Court Mid Valley Megamall Kuala Lumpur baru-baru ini.

JBL

JBL

Sementara itu, Pengurus Pembangunan Perniagaan Harman International, Mitchell Wong berkata, gandingan JBL Authentic 500 dengan BT Spinner memang menarik perhatian.

“Bukan sahaja prestasi bunyi yang hebat, nilai estetik JBL BT Spinner terdiri daripada piring aluminium dan tonearm dengan rona keemasan menjadikan ia nampak mewah.

JBL

“Pemacu belt dan motor bersama sensor optik menjadikan piring hitam dapat dimainkan dengan sempurna, ditambah pembesar suara atau fon telinga memang mengasyikkan,” ujarnya.

Baca juga Rasa macam tonton filem di panggung bila pakai cermin mata Lenovo Legion Glasses. Main game pun puas hati

JBL

Berikut ciri lain JBL Authentic:
i) Disokong sambungan wifi dan bluetooth dengan aplikasi JBL One.
ii) JBL Authentic 500 lebih premium dengan sistem audio Dolby Atmos.

 

iii) JBL Authentic 300 menawarkan bunyi mudah alih dengan bateri terbina dalam kapasiti lapan jam.
iv) JBL Authentic 200 dilengkapi stereo 25mm tweeter dan julat penuh woofer 5 inci.

JBL Authentic 200 dijual pada harga RM1,999, JBL Authentic 300 (RM2,599) manakala JBL Authentic 500 ditawarkan RM3,699.

Iklan

JBL

JBL BT Spinner pula berharga RM3,299.

Pengedar tunggal JBL di Malaysia itu turut menampilkan pembesar suara, JBL Bar 300, 500, 800, 1000 dan 1300 dengan kelebihan sistem audio tiga dimensi yang disokong Dolby Atmos serta JBL Multibeam.

Baca juga CCTV SriHome SH029 dilengkapi dengan ciri AI, pembesar suara. Mudah kesan pergerakan mencurigakan

JBL

JBL

Iklan

JBL

Harga ditawarkan bermula RM2,399. Rangkaian produk boleh didapati di peruncit sah seluruh negara atau kedai e-dagang Shopee dan Lazada.

Untuk info lanjut, layari https://www.jbl.com.my.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang