BATA Malaysia baru-baru ini memperkenalkan koleksi terbaharunya, 200 Styles for Endless Occasions di SneakerLah 2022 sempena pelancaran Bata Sneaker Fest 22.

Menariknya, peminat Bata boleh mendapatkan koleksi yang diidam-idamkan daripada jenama North Star, Power, Bata Red Label dan banyak lagi.

Serentak dengan itu, Bata turut menawarkan 200 gaya sneaker yang sesuai diperagakan untuk pelbagai acara keramaian pada harga mampu milik, kata Pengurus Negara Bata Malaysia, Vaibhav Manrao.

Ujar Manrao, makmal reka bentuk Bata di Kanada, Itali dan Singapura akan terus membawakan pelbagai pilihan terbaik.

“Pelancaran koleksi 200 gaya ini bakal memenuhi keperluan gaya hidup rakyat Malaysia yang sentiasa berubah tanpa perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan stail yang diinginkan,” katanya.

Jenama tersebut baru-baru ini mendapat pengiktirafan pada majlis Anugerah Perniagaan Antarabangsa Malaysia dan Anugerah Jenama Putra 2022 lantaran usaha penjenamaan yang telah memberi impak mendalam kepada pengguna di negara ini.

BACA LAGI: Mantap! Kasut GEL-KAYANO 29 daripada ASICS tawar pengalaman larian yang mengujakan dan lebih ringan

BACA LAGI: Rekaan kasut ‘skate’ Louis Vuitton gegarkan dunia fesyen jenama ‘kayangan’

Dalam pada itu, Manrao berkata, dalam tempoh beberapa bulan yang akan datang, pihaknya akan mengumumkan kempen Surprisingly Bata yang akan membawakan barisan produk dan aksesori yang lebih bergaya daripada kasut hinggalah beg.

Iklan

Untuk mendapatkan koleksi 200 Styles for Endless Occasions, orang ramai boleh mengunjungi semua kedai Bata.

Iklan

Pembelian juga boleh dibuat menerusi laman web Bata termasuk di platform Shopee dan Lazada.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan