Pengambil ubat-ubatan perlu perhatian khusus, elak kesan sampingan

Bersama Profesor Dr Azreen Syazril Adnan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Islam Darul Ehsan dan Pakar Nefrologi Ara Damansara Medical Centre.

(Beliau dijemput menjadi panel dalam program DNA yang membicarakan topik Betul ke Ubat Punca Buah Pinggang Rosak? baru-baru ini)

SOALAN 1

Boleh Dr terangkan bagaimanakah gaya hidup mempengaruhi kesihatan buah pinggang?  Benarkahdakwaan yang mengatakan ubat punca buah pinggang rosak dan apakah tanda atau gejala yang perlu diperhatikan?

JAWAPAN:

BUAH pinggang bertindak menapis bahan buangan dalam badan dan menyingkirkannya menerusi air kencing. Organ itu juga berfungsi menghasilkan hormon erythropoietin yang memberikan seri wajah kemerah-merahan dan menstabilkan PH darah.

Ia juga menjaga kesihatan dan kekuatan tulang melalui pengaktifan vitamin D.

Kerosakan buah pinggang boleh berlaku apabila seseorang mengalami darah tinggi, diabetes dan mengambil terlalu banyak ubat tahan sakit.

Selain faktor genetik dan keturunan, individu yang mempunyai salur darah ke buah pinggang yang sempit turut berisiko mengalami kerosakan organ itu.  

Sesetengah pesakit juga didapati mempunyai berat badan yang obes dan gaya hidup yang tidak sihat seperti kerap makan lewat malam, pengambilan garam, gula sertalemak berlebihan.

Antara punca lain masalah buah pinggang adalah penyakit keturunan polycystic kidney disease yang mana seseorang mengalami sista dalam tisu buah pinggang.

Selain itu, penyakit autoimun Sistemic Lupus Eritematosus juga boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang kepada ramai pesakit wanita.

Apabila buah pinggang rosak, tubuh akan mengalami penambahan toksin dan darah boleh menjadi berasid.

Kaki bengkak

Pun begitu, malangnya penyakit tersebut tidak menunjukkan sebarang gejala awal. Sebaliknya, pesakit akan menunjukkan simptom kronik apabila mengalami gejala seperti kaki bengkak, muntah-muntah pada waktu pagi, sakit kepala dan muka menjadi pucat lesi sertahilang sinar.

Mereka sering merasa letih, lesu dan penat ketika berjalan jauh juga adalah tanda-tanda penyakit yang sudah memburuk. Bagaimanapun, seseorang yang bernasib baik mungkin berjaya mengesan simptom awal seperti kencing mengandungi darah atau protein semasa saringan pemeriksaan kesihatan.

Berkaitan dengan kesan sampingan pengambilan ubat pula, seseorang perlu faham bahawa terdapat banyak jenis ubat dan suplemen dalam pasaran.

Setiap daripadanya mempunyai interaksi antara satu sama lain dan berkait dengan latar belakang perubatanpesakit.

Pun begitu, seiring usia, prestasi organ  itu akan semakin menyusut dan sesetengah ubat tidak boleh ambil berterusan.

Oleh yang demikian, pemantauan berkala setiap tiga atau enam bulan diperlukan supaya dos dan ubat yang diambil adalah bersesuaian.

Pemeriksaan juga diperlukan untuk mengesan kerosakan buah pinggang.

Baca juga: Bertahun-tahun baru tahu sakit buah pinggang, awas jika ada 8 tanda ini

Baca juga: Betul ke makan panadol boleh sakit buah pinggang? 7 info Dr Malar jelaskan kekeliruan

SOALAN 2

Iklan

Apakah proses hemodialisis itu dan bagaimana ia berfungsi untuk membantu pesakit dengan masalah buah pinggang?

JAWAPAN:

Masalah buah pinggang terbahagi kepada lima tahap iaitu tahap 1, 2, 3 (A dan B), 4 serta 5.

Pada tahap 5,  kerosakan  yang dialami adalah sangat teruk dan pesakit memerlukan dialisis.

Proses hemodialisis menggantikan fungsi buah pinggang yang membersihkan darah dan membuang toksin dalam darah.

Rawatan itu dilakukan dengan menggunakan mesin khas yang mana darah pesakit akan dibersihkan sebelum dikembalikan ke tubuh pesakit.

Proses tersebut dibuat sebanyak tiga kali seminggu dengan tempoh masa selama empat jam bagi setiap sesi.

Iklan

Kaedah rawatan itu bukan semata-masa membersihkan darah malah proses lain turut dibantu oleh rawatan hemodialisis. Ia diperlukan untuk membuang asid dan potasium elektrolit yang berlebihan  dalam tubuh.

Seseorang juga akan mengalami kesakitan akibat dicucuk, pendarahan dan terdedah kepada jangkitan.

Pada masa sama, pesakit yang berdepan kerosakan buah pinggang perlu menjaga pemakanan mereka dan banyak makanan yang perlu dielakkan. Namun, mereka disarankan untuk mengambil protein dan karbohidrat dalam kuantiti yang sepatutnya semasa proses dialisis.

Sebaliknya, pesakit perlu mengelak daripada mengambil kekacang, makanan dalam tin, garam dan mengurangkan pengambilan air.

Penderita buah pinggang kronik lazimnya memerlukan rawatan dialisis sementara menunggu mendapatkan penderma untuk prosedur transplan.  

Pendermaan organ boleh dilakukan dalam kalangan ahli keluarga dan sebaik pemindahan dilakukan, ia akan mengembalikan fungsi normal organ tersebut.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!