APABILA kita memasuki fasa Pelan Pemulihan Negara, ini bermakna kita akan menghabiskan lebih banyak masa di luar.

Bagi mereka yang berhijab, terdedah pada persekitaran yang panas boleh membuatkan kulit kepala gatal, berbau, rambut menjadi kering, seterusnya menyebabkan keguguran.

FOLLOW ME yang memahami senario itu dengan berbesar hati memperkenalkan siri FOLLOW ME Green Tea Hijab yang dirumus menggunakan Teh Hijau Jepun untuk rambut yang lebih harum selama 48 jam.

Jenama itu dalam satu kenyataan berkata, FOLLOW ME menyedari bahawa teknologi Jepun merupakan solusi terbaik bagi wanita berhijab.

Ramuan utama dalam siri FOLLOW ME Green Tea Hijab ialah habbatus sauda yang diyakini dapat mengembalikan pertumbuhan rambut. Teh hijau yang juga bersifat antioksida melengkapkan lagi peranan habbatus sauda. Formulasi kedua-dua ramuan berkuasa itu membolehkan FOLLOW ME menangani masalah keguguran rambut dalam kalangan wanita berhijab,” kata FOLLOW ME.

Berikut ialah perincian siri FOLLOW ME Green Tea Hijab:

Syampu Hair Fall Solution pH-balanced FOLLOW ME Green Tea Hijab: Memberi khasiat pada akar rambut. Ia turut dipadankan dengan Perapi Hair Fall Solution yang menghasilkan rambut lebih sihat dan licin dengan haruman buah tin.

Syampu Anti-Itch FOLLOW ME Green Tea: Menghasilkan rambut bersih dan bersinar dengan haruman buah delima yang memikat.

Iklan

FOLLOW ME juga menyediakan semburan rambut Anti-Frizz and Soft & Volumizing yang bukan sahaja berkhasiat dan melembutkan helaian rambut, malah berbau harum.

Iklan

Siri FOLLOW ME Green Tea Hijab boleh didapati di kedai atau pasar raya. Ia juga boleh dibeli secara online menerusi platform Shopee dan Lazada.