'Adik sedang lalui ujian berat.' Isteri suspek tak boleh bekerja, menangis & emosi terganggu, abang mohon tidak keruhkan keadaan

No Image Caption
A
A
A

ISTERI suspek kematian Nur Farah Kartini melalui detik sukar sejak suaminya ditahan pada 15 Julai lalu.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ibu berusia 25 tahun dan kepada seorang cahaya mata itu berada dalam situasi getir lebih-lebih lagi suspek dikenali lebih lima tahun lalu disifatkan sebagai seorang suami yang bertanggungjawab, suka membantu serta rajin.

Abang ipar suspek mendedahkan adiknya itu berendam air mata sejak mengetahui insiden berkenaan.

"Setiap hari adik saya menangis, emosinya terganggu sejak mengetahui insiden itu," luah abang kandung yang berusia 40-an.

Lelaki yang enggan namanya dikenali itu berkata, setiap hari beliau menyaksikan adik bongsunya mengalirkan air mata.

Susulan kejadian beberapa hari lalu, mereka sekeluarga perlu menemani isteri suspek sebagai sokongan moral agar dia tabah melalui hari yang mendatang.

"Sekarang ini adik dah tak boleh lagi bekerja dan perlu menjaga anak perempuan yang masih bayi. Jadi, tolonglah dia untuk melalui waktu yang sangat sukar ini.

No Image Caption

"Tolonglah bantu adik saya dengan tidak mengeruhkan lagi keadaan ini.

Artikel Berkaitan:

"Demi adik, kami sekeluarga merayu agar orang ramai tidak menyebarkan sebarang berita tidak sahih dan biarkan polis melakukan siasatan mengikut lunas undang-undang," rayunya dalam tangisan.

Jelas si abang, pegawai kaunseling yang hadir ke rumah telah menasihatkan mereka sekeluarga sentiasa menemani adik kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini.

"Adik sedang melalui ujian berat lebih-lebih lagi dia juga perlu memberi perhatian terhadap anaknya.

"Adik juga terpaksa menjauhi media sosial kerana takut untuk membaca pelbagai andaian dibuat dalam kes ini yang hanya akan memburukkan lagi gangguan emosinya.

"Orang tak berada di tempat kami, jadi mereka tak tahu bagaimana sakitnya perasaan ini apatah lagi adik saya mangsa keadaan yang langsung tidak bersalah dan tahu apa-apa," katanya lagi.

No Image Caption

Suspek berusia 26 tahun yang terdahulu ditahan dan direman tujuh hari bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu ditemukan pada 6 petang Isnin.

Mangsa didapati hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di Perak.

Mayat Nur Farah Kartini yang dipercayai dibunuh individu dikenali ditemui di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, tidak jauh dari Felda Gedangsa di Hulu Selangor, pada 6 petang, sebelum polis menahan seorang penjawat awam lelaki berusia 26 tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang