DNA positif, jenazah sah milik Nur Farah Kartini. Abang sebak, serah siasatan kepada polis

No Image Caption
A
A
A

KETUA Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan jenazah Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, 25, akan diserahkan kepada keluarga hari ini.

Beliau berkata, proses padanan asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan sebelum ini sepadan dengan Nur Farah Kartini.

"Hasil DNA yang dipadankan adalah positif. Mayat yang ditemui di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor adalah Nur Farah Kartini.

No Image Caption

"Saya sahkan bahawa jenazah akan diserahkan hari ini kepada keluarga," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Suasana pilu menyelubungi pekarangan Unit Forensik Hospital Sungai Buloh menyaksikan urusan tuntutan jenazah mangsa bunuh Allahyarham oleh ahli keluarga pada pukul 2.05 petang.

Jenazah akan terus dibawa ke Pekan, Pahang untuk urusan pengebumian yang dijangka selepas Asar hari ini.

No Image Caption

Abang Allahyarham, Mohd Farizza Amir Abdullah, 28 ketika ditemui menitipkan terima kasih buat pengamal media dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

"Terima kasih kerana menunggu kami di sini, pihak UPSI.

"Itu je yang saya dapat cakap, untuk yang itu (siasatan) saya serah kepada pihak polis," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan jenazah adiknya akan terus dibawa ke Pekan, Pahang dan dijangka akan dikebumikan selepas Asar.

No Image Caption

Beliau juga turut mengucapkan terima kasih dan meminta orang ramai terus mendoakan urusan adik bongsunya dipermudahkan.

Terdahulu, mayat Nur Farah ditemukan di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pada pukul 6 petang, Isnin selepas dilaporkan hilang pada 10 Julai.

Lebih memilukan, jasad wanita itu dikatakan hampir reput dan dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari hingga menyebabkan kesukaran pengecaman secara visual.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun dan suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Berita RTM,Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang