'Jangan sorok buli semata-mata jaga nama, nyawa lebih penting!' Cikgu Fadli harap kes Zulfarhan jadi iktibar

No Image Caption
A
A
A

ENAM suspek kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain telah pun dijatuhkan hukuman gantung sampai mati di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pempengaruh pendidikan yang juga guru Matematik, Cikgu Mohd Fadli Salleh berharap kes buli itu menjadi iktibar buat semua.

Beliau menerusi hantaran di Facebook mencadangkan siri jelajah di setiap negeri untuk memberikan kesedaran tentang buli dalam kalangan pelajar.

No Image Caption

"Harap sangat KPM dan YBM Fadhlina Sidek buat jelajah negeri ke negeri jemput semua warden dan pengetua sekolah, pengurusan institusi pengajian tinggi awam (IPTA), institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), tempat-tempat berasrama khususnya dan wujudkan kesedaran untuk menolak buli secara besar-besaran.

"Biar tiada lagi buli bertapak di Malaysia. Biar pupus terus.

Artikel Berkaitan:

Sekarang ni masih banyak kes buli di sekolah berasrama termasuk di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Namun kebanyakan kes disorok demi menjaga nama baik sekolah," katanya.

Cikgu Fadli dalam masa yang sama menitipkan pesanan agar kekerasan tidak dinormalisasikan di asrama dengan alasan untuk mendisiplinkan pelajar sekali gus mahu kes Zulfarhan pada 13 Mei 2017 dijadikan pengajaran.

No Image Caption

"Lagi pedih, apabila aduan dibuat ada pihak jawab, "Biasa la tu duduk asrama. Setakat kena sikit-sikit tu sebagai pengalaman dan buat mereka 'keras'".

"Apa punya alasanlah. Api membakar bangunan bermula daripada api kecil yang dinyalakan," katanya.

Ujarnya, semua pihak perlu mengambil serius aduan daripada pelajar dan tidak sekali-kali menyembunyikan demi sebuah nama. Malah ia perlu diambil serius.

No Image Caption

"Sama kes dengan buli ini. Kes melibatkan kematian bermula dengan buli kecil senior suruh iron baju, suruh picit badan.

"Kena pandang serius kes buli. Jangan lagi nak sorok kes semata-mata nak menjaga nama.

"Yang lebih penting daripada nama adalah nyawa. Ambil tindakan segera. Jadikan kes sebelum ini sebagai pengajaran!" kongsinya.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas suspek kes Allahyarham Zulfarhan yang kini berusia 28 tahun itu ialah, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Sementara itu, mahkamah turut menggantikan hukuman penjara tiga tahun kepada empat tahun, terhadap 12 lagi bekas penuntut universiti sama kerana mencederakan Zulfarhan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang