Kronologi kes Zulfarhan menyayat hati, 6 pelaku akhirnya ke tali gantung. Ibu bapa sujud syukur luar Mahkamah Rayuan

No Image Caption
A
A
A

SESIAPA pun pasti akan tersentuh dan menitiskan air mata mendengar kisah pemergian Pegawai Kadet Laut, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain yang menggemparkan negara tujuh tahun lalu.

Dalam perkembangan terkini, Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman gantung terhadap enam bekas penuntut UPNM kerana membunuh Zulfarhan Osman.

Mereka dikenakan hukuman terbabit selepas panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail, sebulat suara menghidupkan semula pertuduhan asal iaitu Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek yang kini berusia 28 tahun itu ialah, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

No Image Caption

Ketika membaca keputusan penghakiman sepanjang 232 perenggan lebih tiga jam, bermula jam 9.10 pagi, Hadhariah berkata, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terkhilaf apabila meminda pertuduhan dihadapi kesemua tertuduh daripada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

"Oleh itu, mahkamah membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan pertuduhan yang dipinda dan menghidupkan semula Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya yang bersidang bersama Hakim Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.

Artikel Berkaitan:

Sebahagian daripada anggota keluarga tertuduh turut hadir ke Mahkamah Rayuan Istana Kehakiman Putrajaya hari ini bagi mengikuti perkembangan terkini kes itu (Foto: Bernama)
Sebahagian daripada anggota keluarga tertuduh turut hadir ke Mahkamah Rayuan Istana Kehakiman Putrajaya hari ini bagi mengikuti perkembangan terkini kes itu (Foto: Bernama)

Sementara itu, mahkamah turut menggantikan hukuman penjara tiga tahun kepada empat tahun, terhadap 12 lagi bekas penuntut universiti sama kerana mencederakan Zulfarhan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan.

12 bekas penuntut UPNM tersebut ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri Agus, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Ady Sani dan Mohamad Syazwan Musa.

Selepas lebih tujuh tahun, kematian anak sulung kepada pasangan Zulkarnain Idros dan Hawa Osman itu akhirnya terbela.

Jika diimbas kembali, sejak awal kes menjadi tular, masyarakat menyifatkan ia terlalu kejam dan tidak boleh diterima akal yang waras serta menggesa pihak polis memburu suspek.

Bagaimana ia berlaku? Berikut kronologi kes pembunuhan Zulfarhan yang meruntun hati seluruh rakyat Malaysia.

13 Mei 2017

Mangsa dipukul kali pertama di Bangunan Jebat, Asrama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana disyaki mencuri komputer riba rakannya.

20 Mei 2017

Mangsa dipanggil pada jam 3.00 pagi ke bilik 4-10 Bangunan Jebat, Asrama UPNM untuk disoal siasat berkaitan kehilangan komputer.

Mangsa menafikan tuduhan dan telah dipukul beramai-ramai oleh 20 hingga 30 orang pelajar menggunakan objek seperti seterika wap, tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju sehingga 11 pagi 21 Mei.

No Image Caption

27 Mei 2017

Mangsa dalam keadaan lemah dibawa mendapatkan rawatan menggunakan kenderaan persendirian di Sebiah klinik swasta di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Mangsa dibenarkan pulang dan perlu menjalani rawatan lanjut pada 31 Mei.

30 Mei 2017

Mangsa dihantar ke sebuah kondominium di Bangi untuk berehat oleh suspek yang membulinya.

1 Jun 2017

Mangsa meninggal dunia pada jam 9.10 malam di kondominium berkenaan sebelum pengawal keselamatan memaklumkan kepada polis.

Mangsa dihantar ke Hospital Serdang dengan ambulans sebelum kematiannya disahkan.

14 Jun 2017

Seramai 19 orang pelajar UPNM yang dipercayai terlibat dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan. Kesemuanya mengaku tidak bersalah.

Seterika wap yang digunakan para pelaku
Seterika wap yang digunakan para pelaku

Walau bagaimanapun enam daripada mereka dituduh membunuh dan bersubahat membunuh. Mereka dituduh menggunakan Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama dan mendapat hukuman mandatori jika sabit kesalahan.

14 Ogos 2017

Perbicaraan kes sepatutnya diadakan ditunda pada 15 September 2017 setelah ditolak Jabatan Peguam Negara. Perbicaraan ini ditolak kerana representasi lima penuntut tidak lengkap.

29 Januari 2018

Hari pertama perbicaraan di Mahkamah Tinggi namun tertuduh mengaku tidak bersalah.

23 Januari 2018

Perbicaraan disambung dan saksi terlibat iaitu rakan rapat Zulfarhan semasa di Sekolah Teknik Johor Bahru memberi keterangan seterika yang digunakan dalam kejadian adalah miliknya dan merupakan item utama dalam kes ini.

Jun 2019

Mahkamah menetapkan 8 Julai 2019 sebagai tarikh mendengar hujah tentang pendakwaan 19 orang pelajar UPNM yang terlibat.

8 Julai 2019

Mahkamah Tinggi menetapkan 31 Julai 2019 untuk keputusan kes.

Seterika wap yang digunakan para pelaku
Seterika wap yang digunakan para pelaku

31 Julai 2019

Seramai 18 orang penuntut UPNM yang berusia 25 tahun diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan

No Image Caption

mencederakan Zulfarhan Osman.

Keputusan dibuat Hakim, Datuk Azman Abdullah yang mendapati pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie pada akhir ses pendakwaan.

Pertuduhan terhadap enam tertuuduh dibuat di bawah Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Manakala baki 12 yang lain pula akan dibicarakan di bawah seksyen 330 Kanun Keseksaan yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Susulan daripada itu, bapa Zulfarhan dilihat melakukan sujud syukur di luar kamar selepas mendengar keputusan hakim.

Hanya seorang tertuduh bebas mutlak iaitu Muhammad Akmal Akif Alias yang dilepaskan tanpa dipanggil membela diri bagi pertuduhan mencederakan mangsa.

2 Oktober 2019

Mahkamah mengarahkan 18 dari 19 tertuduh dalam kes kematian Allahyarham Zulfarhan membela diri.

Kes membela diri bermula di mana 20 saksi memberi keterangan.

No Image Caption

8 April 2021

Pembelaan menutup kes.

29 dan 30 September 2021

Penghujahan akhir kes pembelaan.

2 November 2021

Keputusan akhir dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah yang mana enam tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan bersubahat membunuh.

Manakala 12 yang lain pula didapati bersalah di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan kerana mencederakan Allahyarham.

3 Januari 2024

Dalam satu temu ramah portal berita tempatan, ibu Allahyarham Zulfarhan, Hawa Osman menyatakan beliau bukan tidak reda namun tidak boleh terima cara arwah didera.

Malah sehingga ke saat itu beliau dan suami, Zulkarnain Idros trauma menggunakan seterika untuk menggosok pakaian mengenangkan penderitaan dilalui anak sulung mereka.

Zulkarnain berkata, selepas kematian anaknya itu, beliau 'mengharamkan' keturunannya tidak kira anak atau cucu untuk memasuki universiti itu.

14 Mei 2024

Timbalan Pendakwa Raya, Solehah Noratikah Ismail selaku responden dalam rayuan silang ini berkata, dapatan hakim Mahkamah Tinggi menyatakan berlaku kecederaan terhadap Zulfarhan menunjukkan ia dilakukan oleh perayu-perayu ini.

Beliau menghujahkan bahawa, elemen pertuduhan telah dibuktikan, yang mana ia adalah berdasarkan kehilangan komputer riba sehingga menjurus kepada kejadian pukul.

Katanya, tiada sebarang percanggahan material yang menunjukkan keterangan melimpah ruah terhadap semua perayu, melibatkan kecederaan kepada Zulfarhan.

Bagi kes pemerasan pula, Zulfarhan dituduh mencuri dan kejadian mencederakan tubuh mangsa, berlaku bagi mendapatkan pengakuannya,” katanya.

Mahkamah mendengar rayuan silang 12 orang pelaku yang menyebabkan kecederaan kepada Allahyarham Zulfarhan.

No Image Caption

16 Mei 2024

Mahkamah menyampaikan keputusan terhadap rayuan 12 lagi bekas penuntut universiti sama yang dihukum penjara tiga tahun kerana mencederakan Zulfarhan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan.

Mereka ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri Agus, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Dania! Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Ady Sani dan Mohamad Syazwan Musa.

Mereka didapati bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.

No Image Caption

Kes yang dikaitkan dengan pembulian ini menyaksikan betapa rakan baik sendiri tergamak melakukan perbuatan buli yang kejam.

Tubuh Allahyarham mengalami kesan lecur teruk, malah dikatakan ditekap lebih 90 kali menggunakan seterika termasuk pada alat sulit!

Tidak dapat dibayangkan kesakitan yang ditanggung, malah pemergiannya dalam keadaan yang menyedihkan.

Keputusan bedah siasat mendapati kematian Zulfarhan Osman adalah disebabkan kombinasi antara ‘hypervolemia’, masalah jantung dan buah pinggang manakala Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur merumuskan punca kematian disebabkan jangkitan kuman di dada dan luka lecur utama ‘sequela.’

Semoga kita mengambil iktibar daripada kes ini. Katakan tidak kepada buli! Salam takziah buat keluarga Allahyarham, Al-Fatihah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang