'Maaf saya nak rehat dulu, penat sangat.' Pelajar Tingkatan Dua hilang daripada sekolah, kawan lihat keluar bawa beg

No Image Caption
A
A
A

TULAR di media sosial seorang pelajar tingkatan dua dilaporkan hilang daripada sekolahnya di Sikamat, Seremban pada tengahari semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner, Mohamad Hatta Che Din berkata pelajar berkenaan dikenali sebagai Qayzikri Hazimi berusia 14 tahun.

Pada hari kejadian, salah seorang guru telah dimaklumkan oleh pelajar lain bahawa pelajar lelaki itu dikatakan tidak berada di dalam kelas.

Sejurus pemakluman itu, pihak sekolah telah memulakan pencarian pelajar berkenaan di sekitar kawasan sekolah dan asrama tetapi tidak mendatangkan hasil.

Saksi yang juga rakan sekolah Qayzikri memaklumkan terlihat rakannya itu keluar dari kelas dengan membawa beg sekolah dan menuju ke bahagian belakang asrama.

Qayzikri yang juga pelajar di Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER) dilihat berpakaian baju sukan sekolah sebelum melarikan diri.

Kes disiasat di bawah Kes Enkuiri Polis (KEP) dan diklasifikasikan sebagai Orang Hilang (OH).

Bapanya yang dikenali sebagai Mohd Faizal enggan mengulas lanjut mengenai berita kehilangan anak lelakinya itu dan mahu berehat seketika sebelum meneruskan pertanyaan wartawan.

Artikel Berkaitan:

"Maaf saya nak rehat dulu, penat sangat,'katanya kepada SinarPlus

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang