Lima hari dilaporkan hilang, kakak syukur adik ditemui selamat

No Image Caption
A
A
A

SEORANG remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu ditemui selamat awal pagi hari ini.

Sebelum ini, remaja yang dikenali sebagai Nur Humaira Syafiqah Naldi tidak pulang ke rumah selepas keluar untuk ke sekolah pada hari kejadian.

Nur Humaira atau lebih dikenali sebagai Maira turut memaklumkan kepada ahli keluarga bahawan beliau akan pulang lewat dari persekolahannya.

Bagaimanapun, sehingga lewat petang Jumaat, kelibat Maira masih tidak kelihatan di rumah membuatkan ahli keluarganya bimbang akan keselamatannya.

Lebih mengejutkan apabila kakaknya, Ayu Naldi mengetahui bahawa adiknya itu tidak hadir ke sekolah selepas diberitahu oleh rakan sekolah remaja berkenaan.

Ayu memaklumkan bahawa Maira tinggal bersamanya di Kampung Tanjung Batu Keramat, Jalan Utara, Tawau.

Tambah Ayu, mereka sekeluarga tidak mempunyai perselisihan faham sebelum ini, cuma menasihati adiknya yang masih di bangku sekolah supaya menfokuskan kepada pelajaran terlebih dahulu.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Selepas lima hari dilaporkan hilang, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin memaklumkan Maira telah ditemui di Kampung Jawa, Jalan Tengku Osman, Tawau kira-kira jam 1 pagi.

Menurut peta dalam talian, jarak mangsa ditemui kira-kira enam kilometer dari kediamannya.

Remaja berkenaan kini berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau untuk diambil keterangan dan siasatan lanjut.

Ayu ketika dihubungi SinarPlus bagaimanapun enggan memberikan sebarang maklum balas mengenai penemuan adiknya.

Beliau bagaimanapun mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada orang ramai kerana membantu menghebahkan berita kehilangan adiknya itu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang