Jurutera JPS hilang, isteri sarat hamil rayu pulang. 'Tolonglah balik, saya, anak dan mama rindu awak'

Kredit foto: Facebook Nurul Ain
Kredit foto: Facebook Nurul Ain
A
A
A

KEHILANGAN seorang jurutera Faizal Ahmad, 39, menyentuh hati ramai. 10 hari tidak pulang selepas keluar bekerja pada jam 4 petang 16 Ogos lalu, keberadaannya menimbulkan tanda tanya.

Sempat memberitahu akan pulang selepas selesai melaksanakan tugasnya itu dalam tempoh dua atau tiga hari, jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Panji, Kota Bharu, Kelantan hilang tanpa jejak.

“Saya tak dapat pastikan tempat dia bekerja tetapi dikatakan di daerah ini (Kota Bharu) sahaja, namun kini sudah 10 hari dia tidak pulang dan telefon bimbitnya pula tidak dapat dihubungi.

“Kalau dia terbaca ini, saya nak beritahu, tolonglah balik.

Saya, anak kita dan mama awak rindukan awak, baliklah, semua keluarga kita menunggu kepulangan awak,” katanya sebak.

Artikel Berkaitan:

Suri rumah yang sedang sarat hamil enam bulan itu berasal dari Johor Bharu, Johor manakala suaminya asal dari Taiping, Perak dan mereka sudah enam tahun menetap di Kota Bharu.

No Image Caption

Lebih menyentuh hati, sepanjang kehilangan Faizal, anak lelaki sulung mereka yang berusia enam tahun memendam rindu.

“Dia juga bapa yang sangat penyayang dan rapat dengan anak sulung. Sekarang anak kami kerap menangis kerana rindukan bapanya.

“Biasa, dia akan menelefon saya jika telefon bimbitnya bermasalah atau habis bateri, tetapi kali ini terakhir saya dapat bercakap dengan dia hanya pada jam 8.30 malam, 16 Ogos lalu, itu pun hanya perbualan biasa, tak ada yang pelik,” katanya.

Malah ulang tahun perkahwinan mereka pada 16 Ogos tidak dapat diraikan bersama.

"Ya ALLAH jauhkanlah kami daripada perkara-perkara tidak baik, juga daripada mereka yang cuba meruntuhkan dan menjatuhkan.

"Moga pengakhiran kami, pengakhiran yang Engkau redai dan satukan kami di syurgamu nanti ya ALLAH," titip Nurul Ain di Facebook.

No Image Caption

Mengakui Faizal suami yang baik dan tiada perselisihan faham sebelum kehilangan, Nurul Ain turut berkongsi butiran lanjut agar lelaki itu segera ditemui.

Individu: Faizal Bin Ahmad

Umur: 39 tahun

Berat, Tinggi: 165 sentimeter/ 73 kilogram

Lokasi terakhir diketahui: Istana Balai Besar Kelantan

Pakaian terakhir dilihat: Baju uniform JPS dan baju T hitam

Tarikh dan waktu terakhir dihubungi: 16/08/2024, jam 8.34 malam

Kenderaan terakhir dinaiki: Yamaha Ego Avantiz nombor pendaftaran DDU4787

Difahamkan, wanita itu telah membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu pada Ahad dan berharap agar suaminya pulang dalam keadaan selamat.

“Saya meminta orang ramai yang terlihat suami saya untuk membantu menghubungi saya atau mana-mana balai berdekatan,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian, Facebook

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang