'Sampai kena jumpa psikiatri.' Wanita dedah tunang seorang pembuli, sepupu sendiri jadi mangsa

No Image Caption
A
A
A

MUNGKIN ada antara dari kita pernah menyaksikan atau mengalami situasi buli ketika berada di bangku persekolahan.

Akibat daripada kejadian itu, kebanyakan pelajar akan mula mengasingkan diri dan berdepan trauma berpanjangan walaupun episod hitam itu telah lama berlalu.

Baru-baru ini, warga maya dikejutkan dengan pendedahan seorang wanita bahawa tunangnya adalah seorang pembuli. Lebih mengejutkan, sepupunya sendiri menjadi mangsa perbuatan kotor itu.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Anonymous itu berkata, sepupu lelakinya itu perlu mendapatkan rawatan psikiatri yang berterusan sehingga ke saat ini.

"Saya dapat tahu yang dia (tunang) pernah buli sepupu saya. Buli yang sampai sepupu kena pergi psikiatri hingga sekarang.

"Saya tak lah rapat sangat dengan sepupu itu dan family dia jenis tak pernah balik kampung.

"Tapi pada suatu hari, beliau mesej dan memberitahu mengenai perbuatan tunang sehingga membuatkan saya berasa betul-betul tidak minat dengannya," ujar wanita itu.

Biarpun tahu aktiviti 'mengenakan' rakan sekolah adalah perkara biasa terutamanya melibatkan pelajar asrama lelaki, tetapi wanita berkenaan masih tidak dapat menerima kenyataan itu.

Apa yang membuatkan dirinya berat untuk menerima kenyataan adalah tunangnya sendiri seorang pembuli dengan memasukkan batang penyapu ke dalam kemaluan sepupunya itu.

Disebabkan itu, wanita berkenaan mengambil keputusan untuk membatalkan pertunangan. Namun, lelaki tersebut tidak berhenti-henti merayu dengan mengatakan dirinya telah berubah.

Meninjau ke ruangan komen, warganet mencadangkan supaya tidak meneruskan perkahwinan kerana risau keselamatan wanita itu mungkin akan menjadi mangsa rumah tangga kelak.

Baca juga: Ayah sayu lihat anak perempuan dibelasah suami sehingga wajah sukar dikenali

Baca juga: Pelajar Tingkatan 1 mengadu tak tahan dibuli, habiskan RM14 sehari beli dan masak makan malam senior

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang