'Yang saya dapat tak bernyawa...' Luka koyak & lebam pada salur alat intim, anak maut didera kawan baik ibu

No Image Caption
A
A
A

SERAHKAN anak kepada rakan sebagai anak angkat, hati wanita ini hancur luluh menerima kenyataan darah dagingnyamaut di tangan kawan baik sendiri.

'Kenapa buat anak aku macam tu?," luah ibu kandung Siti Nurhidayatul Akmar Mohd Zamry, 28, penuh kekecewaan kepada kawan baiknya, Wan Fatimah Zahra Wan Abdullah, 27, yang didakwa membunuh anaknya yang berusia lima tahun.

Ibu kepada empat cahaya mata itu melafazkan ungkapan berkenaan ketika mengikuti prosiding pendakwaan dalam Mahkamah Majistret baru-baru ini.

Siapa sangka, orang yang dipercayai menjadi dalang hingga anak kesayangan kehilangan nyawa.

Suasana sayu menyelubungi luar kamar mahkamah. Siti Nur Hidayatul Akmar ditemui pemberita mendakwa dia dan tertuduh sebelum ini berkawan baik sejak zaman persekolahan.

No Image Caption

Kata beliau, anak ketiga daripada empat beradik itu diserahkan kepada Wan Fatimah Zahra sejak April lalu atas alasan kawan baiknya itu sudah lama berkahwin namun belum dikurniakan anak.

"Saya menyesal bagi anak itu dibelanya (oleh tertuduh).

"Dua ke tiga hari sebelum meninggal (hari kejadian), memang dia (tertuduh) ada kata nak hantar balik kepada saya, tetapi akhirnya yang saya dapat anak saya dalam keadaan sudah tak bernyawa," katanya.

Selain si ibu, beberapa lagi waris mangsa turut hadir termasuk nenek mangsa, Zanuriyah Mohd Madzlan, 65, menjadikan suasana menjadi pilu.

No Image Caption

Bersama ini SinarPlus kongsikan kronologi tragis kes penderaan yang mengorbankan nyawa Iman Adelia Yusullah, 5, yang menggemparkan negara.

1-Laporan kes diterima daripada pegawai perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, 9.45 pagi 11 Jun lalu selepas pegawai perubatan itu memaklumkan si kecil dibawa ke zon merah wad kecemasan untuk menjalani bantuan kecemasan jantung dan pernafasan, sebelum kemudiannya disahkan meninggal dunia.

2-Pemeriksaan ke atas mangsa yang dibawa mendapati terdapat kesan lebam di seluruh anggota badannya dan kanak-kanak itu disyaki pernah dipukul menggunakan objek tumpul.

3-Hasil bedah siasat petang semalam mengesahkan punca kematian mangsa adalah disebabkan multiple blunt injuries (kecederaan disebabkan berbilang objek tumpul).

4-Selain itu, terdapat juga luka koyak dan lebam pada salur peranakan luar (vagina) dan dubur.

No Image Caption

5-Bertindak atas maklumat yang diperolehi, polis menuju ke lokasi kejadian bertempat di sebuah rumah di Taman Malkop Silibih bagi menjalankan siasatan lanjut.

6-Polis menahan suspek wanita Wan Fatimah Zahra dan suaminya berusia 66 tahun ditahan pada 2.30 petang.

7-Suspek didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian kanak-kanak itu di sebuah rumah di Jalan Kledang Raya 23, Taman Malcop, Silibin, Ipoh antara tempoh 5 Jun hingga 10 Jun 2024.

8-Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau dipenjarakan di antara 30 hingga 40 tahun dan minimum 12 kali sebatan.

9-Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Vatchira Wong Rui Fern, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

10-Tiada jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkan 28 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia.

Sama-sama kita doakan keadilan buat Allahyarham Iman Adelia!

Baca juga: Wanita pukul kanak-kanak tak makan nasi mengaku bersalah, 7 fakta berkaitan

Baca juga: 18 tulang rusuk, dua kaki patah, kepala lebam digoncang, bayi 10 minggu maut angkara ibu sendiri

Baca juga: 'Iman' didera berlubang belakang, jiran dengar raungan sejak 2 minggu lepas, berikut 15 info kes

Baca juga: “Sepatutnya saya pertahankan Adik” Ibu angkat kanak-kanak malang mati didera menyesal

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang