3 tahun berlalu, anak sebak jumpa nota & kelengkapan urus jenazah ibu. 'Kain batik untuk tubuh mak yang kaku...'

No Image Caption
A
A
A

BUKAN semua orang sanggup berceritakan tentang kematian, apatah lagi membuat persiapan untuk hari terakhir mereka di dunia.

Namun, terdapat insan-insan terpilih yang begitu tenang dan reda menanti saat itu dengan mempersiapkan kelengkapan pengurusan jenazah bagi kemudahan pada pewaris.

Begitulah yang dirasai oleh Nor Azuana Masshar, apabila takdir menemukan dirinya dengan satu beg lama yang disimpan rapi oleh arwah ibunya selepas tiga tahun pemergian wanita kesayangannya itu.

Menerusi perkongsian yang tular, Nor Azuana mendedahkan bagaimana hatinya luluh saat menemui beberapa helai kertas bertulisan tangan yang menjadi ‘wasiat senyap’ arwah ibunya, Allahyarhamah Muhyizan Muhyi.

Bukan hanya sekadar catatan biasa, nota itu disertakan dengan peralatan lengkap pengurusan jenazah yang disusun satu persatu bagi kegunaan sebelum dikafankan.

"Tudung putih menutup wajah, kain batik menyelimuti tubuh, lapik plastik dan kain menjadi alas terakhir untuk tubuh mak yang kaku," tulisnya dengan teratur.

Barangan seperti telekung putih berjenama disimpan kemas dalam plastik, seolah-olah disiapkan sebagai pakaian terakhir dengan keadaan paling sempurna.

"Ambik telekung yang warna putih yang dalam plastik, Siti Khadijah.

Artikel Berkaitan:

"Guna tilam yang dalam bilik tengah, atas sekali," pesan arwah.

Lebih menyayat hati, ibunya turut meninggalkan pesanan agar jenazahnya dikebumikan segera tanpa menunggu sesiapa.

"Pohon uruskan jenazah mak secepat mungkin, tidak perlu tunggu sesiapa," tulisnya.

Nor Azuana yang masih diselubungi rasa rindu mengakui tidak pernah menyangka bahawa wanita kesayangannya itu telah lama membuat persediaan tersebut.

Dia bagaimanapun tidak dapat menahan rasa terkilan kerana gagal menunaikan permintaan terakhir arwah ibu tercinta kerana hanya menemui persiapan tersebut selepas segalanya selesai.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang