4 tahun dibina demi anak-anak G4z4, Sekolah Afwa Al Aafiyah musnah dibom rejim – ‘Kami akan bangkit semula!’
BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menzahirkan rasa kecewa dan kesedihan apabila Sekolah Afwa Al Aafiyah miliknya di G4z4, P4lestin musnah dibedil oleh rejim Isr4el.
Menerusi Instagram, penyanyi berkenaan bersama Yayasan Nurjiwa menzahirkan rasa duka cita.
"Hasbunallah wanikmal wakel. Isr4el membedil bagunan Sekolah Afwa Al Aafiyah. Tak mengapa, kita pasti bangkit semula!!

"Dr Mohanad (pengurus sekolah) dan keluarga semua telah berpindah semula ke selatan, kami akan membantu mereka disana. Doakan sukarelawan & keluarga besar saya di G4z4 selamat. Fii aamanillah," kongsinya.
Menerusi catatan Yayasan Nurjiwa, kemusnahan sekolah berkenaan menjadi tempat perlindungan serta pendidikan untuk anak-anak di sana amat mengejutkan serta menyayat hati.

- Alhamdulillah! Pelajar, petugas sekolah Afwa al Afiyah selamat, bantuan makanan, air bersih & selimut diteruskan
- Bimbang keadaan anak-anak angkat di Sekolah Afwa Al Afiyah, Gaza, Siti Nurhaliza mohon doa
"Kami tetap bertekad untuk terus berdiri bersama rakyat G4z4 dan berusaha mencari jalan bagi membina semula harapan yang telah musnah.
"Yayasan Nurjiwa menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus mendoakan dan menyokong usaha-usaha kemanusiaan demi masa depan anak-anak G4z4," katanya.
Sekadar info, sekolah berkenaan dibangunkan sebelum tercetusnya perang pada tahun 2021 agar anak-anak G4z4 dapat menimba ilmu, membesar dengan aman, dan membina masa depan yang lebih baik.
Demikian perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengenai karakter anak-anaknya ketika ditemui SinarPlus dalam majlis Rumah Terbuka Yayasan Nurjiwa dan CTDK Holdings baru-baru ini.
Mesra disapa Tokti, beliau turut mendedahkan cukup aktif dalam sukan ketika zaman persekolahannya.
Justeru, suri hati Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mahukan anak-anaknya lasak sepertinya.
Pun begitu, pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu enggan terlalu memaksa memandangkan mereka masih kecil.
Selain itu, beliau turut mendedahkan kenapa memilih untuk menghantar Afwa ke sekolah walaupun masih kecil. Nak tahu jawapannya, tonton video ini
#sitinurhaliza #biduanitanegara #aafiyah #afwa #cahayamata #SinarPlus #lifestylesinarharian">
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
