Siti Nurhaliza, Tun Hasmah berpelukan undang sebak, rupanya pernah hadiahkan biola. 'Sifat keibuan, saya sangat tersentuh'

No Image Caption
A
A
A

MOMEN penuh emosi apabila penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, tidak dapat menahan sebak ketika memeluk isteri mantan Perdana Menteri, Tun Dr Hasmah Mohd Ali, dalam sebuah latihan persembahan tular.

Detik penuh makna itu bukan sekadar memaparkan penghormatan seorang anak seni terhadap tokoh negara, malah turut memperlihatkan sifat keibuan Tun Dr Hasmah yang begitu menyentuh perasaan ramai, termasuk Siti sendiri dan meluahkannya di Instagram.

No Image Caption

"Petang tadi sempat menjalani latihan untuk program jangkauan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM), Sound Of Malaysia sempena sambutan hari kebangsaan 2025 bersama Multimedia University (MMU) dan Istana Budaya (IB).

"Bertemu dengan Tun Dr Hasmah untuk sama-sama berlatih bagi memeriahkan persembahan malam nanti. Senang bertemu dengan Tun Hasmah yang sangat bersifat keibuan dan saya juga sangat tersentuh hati ketika menjalani latihan petang tadi," kongsinya.

Biduanita Negara itu juga kelihatan sebak sehingga sebak dan menitiskan air mata menjiwai menyampaikan lagu Gubahanku diiringi gesekan biola Tun Dr Hasmah.

Di dalam persembahan sebenar yang berlansung malam tadi, Siti Nurhaliza menyampaikan lagu yang pernah dipopularkan olehnya bersama 2 By 2 itu.

Menerusi portal berita tempatan, penghibur berumur 46 tahun tersebut bersyukur atas peluang istimewa untuk berdiri sebaris dengan tokoh wanita negara itu di atas pentas yang penuh makna.

Artikel Berkaitan:

"Saya bersyukur kerana dapat sepentas dan menyanyi dengan iringan biola Tun Hasmah yang saya hadiahkan kepada beliau, beberapa tahun lalu.

"Sebenarnya, ketika latihan pada sebelah siang, saya sebak dan sukar sempurnakan nyanyian. Namun, saya kuatkan hati agar malam ini (tadi) dapat menyanyi dengan baik," katanya.

Siti dan Tun Dr Hasmah ketika ulang tahun perkahwinan Tun M dan Tun Dr Hasmah pada tahun 1999.
Siti dan Tun Dr Hasmah ketika ulang tahun perkahwinan Tun M dan Tun Dr Hasmah pada tahun 1999.

Warga bersyukur dapat melihat kedua-dua figura yang mempunyai pengaruh besar berkongsi pentas. Tidak kurang yang mengagumi keupayaan Tun memainkan biola dengan baik biarpun pada usia 99 tahun.

"Masya-ALLAH, tabarakallah — masih mampu menggesek biola pada usia 99 tahun. Satu perjalanan hidup yang luar biasa. Benar-benar kagum melihat Tun M dengan pemikiran kritisnya dan Tun Hasmah dengan biolanya. Sentiasa hidup sepenuhnya. Alhamdulillah!"

"Ramai sayang Tun Hasmah, ramai juga sayang @ctdk . Buah hati rakyat Malaysia."

"Aku jadi sebak bila @ctdk peluk Tun Hasmah. Aku rindu arwah ibu."

"Sebaknya tengok. Dua insan kesayangan negara. Love both of you."

"Sebaknya tengok. Dua dua insan kesayangan negara."

"Contoh yang baik. Semoga dipanjangkan umur selalu dan sihat selalu."

"Sedih lihat video ini. Wajah Tun tetap comel , pelukan tu buat sebak."

Tun Dr Hasmah dilahirkan pada 12 Julai 1926 merupakan isteri kepada negarawan ulung dan bekas Perdana Menteri Malaysia keempat serta ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Beliau juga antara wanita Melayu terawal yang berjaya menamatkan pengajian dalam bidang perubatan di Kolej Perubatan King Edward VII, Singapura.

Tun Dr Hasmah mula bermain biola sejak usia belasan tahun lagi. Beliau juga sudah beberapa kali membuat kemunculan istimewa pada acara-acara terutama majlis amal.

Sumber: Berita Harian

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang