'Abah kena balik, janji....' Wanita sebak berpisah dengan ibu ayah tunai haji, warganet menitiskan air mata
MUSIM haji tiba lagi. Semalam seramai kumpulan pertama 284 jemaah haji daripada telah berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Madinah pada jam 4.12 pagi.
Momen terakhir para Duyufurrahman sebelum berangkat ke Tanah Suci menyaksikan linangan air mata ahli keluarga.
Sebuah video tular memaparkan pengguna laman sosial TikTok Faarena dan adiknya meruntun hati warganet. Mereka yang saling berpelukan dan berpesan antara satu sama lain agar menjaga diri.
"Abah kena balik, janji," katanya.

Melepaskan dua insan keramatnya pergi menunaikan ibadah haji, wanita itu sempat mendoakan ibadah dan segala urusan di Tanah Suci dipermudahkan. Sementelah bapanya dikatakan mengalami keresahan (anxiety).
"Kami anak-anak tunggu kepulangan mama abah. Semoga mama abah sentiasa di bawah jagaan ALLAH.
"Semoga abah terus sihat bila jejak kaki di tanah suci. Semoga abah kuat dan tidak kena anxiety lagi.
"Mama sentiasa steady, semoga balik pun sihat dan ceria macam selalu," kongsinya.
TERIMA KASIH MENDOAKAN
Berpisah dengan keluarga ni walaupun cuma sementara, namun kesedihan itu memang susah digambarkan.
Faarena yang tidak menyangka video berkenaan tular dan berterima kasih kepada warga maya mendoakan ibu bapanya.

"Tidak tahu apa amalan mama abah, dijemput ke Tanah Suci pada hari pertama flight pertama.
"Dapat duduk sana selama 48 hari. Video pula tak sangka viral, ramai turut mendoakan mama abah. Terima kasih semua, kami aamiinkan semua doa kalian," katanya.
Artikel berkaitan:
- 'Syukur impian mama & El dimakbulkan...' 2 kali dapat jemputan, Elfira Loy akui rezeki tunai haji tahun ini
- Selesai haji baru update, Amy Mastura kini bergelar hajah
- Legenda rock Amy Search, Ella Aminuddin selamat bergelar haji dan hajah
Video tular yang menerima lebih 300,000 tontonan itu menerima pelbagai reaksi warga maya.
Rata-rata mengakui tersentuh dan berkongsi kenangan masing-masing berkaitan ibadah haji di Tanah Suci.
"ALLAH sedihnya. Lagi 12 hari saya dan suami akan berangkat ke sana, meninggalkan anak tiga bulan, tujuh serta 10 tahun."
"Macam itulah akak cakap pada arwah emak dua tahun lepas di sini. "Balik tau mak". Tapi sudah tertulis pengakhiran emak di Makkah. Belum sempat tawaf, emak pergi dalam ihram. Movenpick tempat terakhir kami berpelukan."
"Kami Petugas Haji Tabung Haji akn jaga tetamu ALLAH sebaik mungkin dengan sedaya-upaya kami, insya-ALLAH. Doakan semua jemaah dipermudahkan segala urusan dan mendapat haji yang mabrur. Amin."
"Abah kena balik tau, janji." Sedihnya."
"Allahuakbar, teringat emak dan ayah masa pergi haji dulu. Saya paling teresak-esak menangis kerana adik-adik di bawah jagaan saya."
"Saya dan suami akan brangkat 4 Mei nanti. Tengok ini pun sudah bercucuran airmata. Kami pergi berjihad kerana ALLAH. Ada yang pergi kemudian kembali,ada yang tidak. Semoga dalam perlindungan ALLAH selalu."
"Hadir sebagai Duyufurrahman, pulang dengan kemabruran". Semoga dipermudahkan perjalanan dan mendapat haji yang mabrur."

Kumpulan pertama jemaah KT001 itu juga dilepaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Menurut portal Tabung Haji, penerbangan terakhir jemaah ialah pada 30 Mei manakala penerbangan pertama kepulangan jemaah ke Malaysia dijangkan pada 14 Jun 2025.
Sumber: TikTok, Tabung Haji
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
