Abaikan Zayn Rayyan, Ismanira dipenjara 5 tahun, dikenakan bon kelakuan baik & khidmat masyarakat
IBU kepada kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin iaitu Ismanira Abdul Manaf dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana mengabaikan anaknya yang berusia enam tahun itu.
Hakim Dr Syahliza Warnoh turut memerintahkan ibu berusia 30 tahun itu dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dan menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam dalam tempoh enam bulan.
Hukuman berkenaan diputuskan Hakim Dr Syahliza Warnoh selepas mahkamah ditangguhkan seketika untuk membolehkan pihak-pihak menyediakan hujahan mitigasi bagi pendakwaan dan pembelaan berhubung keputusan itu.

Prosiding diteruskan dengan sesi mitigasi oleh pihak pembelaan yang merayu agar hukuman penjara ditangguhkan.
Imbas kembali 21 Julai lalu, Syahliza memerintahkan Ismanira membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap wanita itu, manakala suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, 30, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan sama.
13 Jun tahun lalu, Ismanira dan suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, 30, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan anak mereka.
Sumber: Sinar Harian, Berita Harian
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
