Ismanira sangkal ‘muka kosong’ ketika siasatan. 'Saya cuma fikir di mana Zayn, hujan sudah mula turun'

No Image Caption
A
A
A

IBU kepada kanak-kanak autisme, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, Ismanira Abdul Manaf, menafikan tuduhan seorang saksi pendakwaan yang mengatakan wajahnya kelihatan ‘kosong’ semasa siasatan awal dijalankan.

Ketika memberi keterangan dari kandang saksi dalam perbicaraan hari ini, Ismanira berkata, dia memang memberikan maklumat kepada saksi pendakwaan keempat, Inspektor Nina Syamimi Syamsuddin.

“Pada malam itu, Inspektor Nina minta saya masuk ke dalam kereta peronda yang dia naiki untuk ambil keterangan dan maklumat tentang kehilangan.

No Image Caption

“Saya tidak faham apa maksud dia muka saya kosong. Sejak anak saya hilang, saya lalui perkara yang sangat perit. Masa itu saya cuma fikir di mana Zayn dan malam itu hujan sudah mula turun,” katanya dalam nada sebak di hadapan mahkamah.

Selain itu, wanita berkenaan turut menjelaskan bahawa Inspektor tersebut hanya tiba di kawasan kediamannya di Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, kira-kira lima jam selepas laporan kehilangan dibuat, kerana difahamkan ketika itu beliau sedang mengendalikan kes lain.

“Saya tunggu sehingga jam 7.50 malam (laporan dibuat jam 4.30 petang), kemudian saya terima panggilan daripada Inspektor Nina. 

"Beliau maklumkan bahawa menerima maklumat daripada ketua blok yang mendakwa ada individu terlihat Zayn berjalan di koridor tingkat tiga di apartment saya.

Artikel Berkaitan:

“Inspektor Nina minta saya balik dulu dan cari betul-betul,” katanya.

Ismanira memberitahu, pada awalnya dia enggan pulang kerana ketika itu bapa mentuanya masih giat mencari Zayn di kawasan sekitar.

No Image Caption

“Tetapi, saya telefon dia semula untuk tanya, betul ke ada orang nampak Zayn? Tapi ayah mertua cakap tak ada,” katanya.

Selepas itu, Ismanira menghubungi semula Inspektor Nina dan memaklumkan bahawa anaknya masih belum dijumpai dan merayu agar bantuan dihantar segera.

Perbicaraan akan bersambung semula sehingga Khamis ini.

Pasangan suami isteri itu, yang merupakan penjaga kepada Zayn Rayyan, sebelum ini didakwa atas kesalahan mengabaikan anak mereka hingga berisiko mendatangkan kecederaan fizikal.

Ia didakwa berlaku antara jam 12 tengah hari, 5 Disember 2023 hingga 9.55 malam keesokan harinya, dari Blok R, Pangsapuri Idaman sehingga ke kawasan anak sungai berhampiran.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada pagi Isnin, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepas dan membebaskan Zaim selepas mendapati tiada elemen pengabaian dibuktikan oleh pihak pendakwaan, manakala Ismanira, diperintah membela diri kerana wujud kes prima facie terhadapnya.

Zayn Rayyan, yang dilaporkan hilang pada 5 Disember 2023, ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di anak sungai berhampiran kediamannya kira-kira 200 meter dari Blok R pada malam keesokannya.

Sumber: Awani

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang