Anak bawa rakan kampus balik kampung bercuti, ayah sanggup sembelih dua ekor kambing peliharaan, jamu tetamu makan enak

No Image Caption
A
A
A

BAGAI isi dengan kuku. Peribahasa ini sesuai untuk menggambarkan keakraban sekumpulan pelajar dengan rakan-rakan mereka.

Baru-baru ini, tular di media sosial kisah seorang pelajar lelaki bernama Danial yang berhasrat membawa rakan-rakan dari Institut Veterinar Malaysia pulang ke kampung halamannya sempena cuti semester.

Namun, siapa sangka permintaan Danial disambut dengan tangan terbuka oleh ibunya, Shalfarina, yang menyatakan kesediaannya menyambut kedatangan 10 rakan anaknya.

Apa yang membuatkan ia tular adalah kesungguhan keluarga dari Sekinchan, Selangor itu dalam meraikan kehadiran tetamu mereka.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Mana tidaknya, selain menyediakan tempat penginapan buat tetamu lelaki, si ayah sanggup menyembelih dua ekor kambing peliharaannya untuk dijadikan hidangan istimewa untuk tetamu anak lelakinya itu.

"Ibu, kawan-kawan Danial dari Johor nak ikut balik kampung Sekinchan cuti semester nanti. Boleh ke?"

"Ok, boleh. Ayah rancang nak sembelih kambing dua ekor. Kita jamu tetamu makan."

Difahamkan, proses penyembelihan dua ekor kambing itu dibantu oleh rakan-rakan anaknya.

Suasana menjadi lebih meriah ketika semua turut serta merewang dan membantu satu sama lain sepanjang proses menyediakan makanan sehingga selesai memasak.

Hidangan yang dihidangkan juga bukan biasa-biasa.

No Image Caption

Bukan satu, tetapi enam jenis masakan berjaya disiapkan, termasuk kambing kuzi, kari kepala kambing, kambing golek, ayam panggang, udang bakar, serta pelbagai kuih-muih tradisional.

Kisah ini mendapat pelbagai reaksi warga maya yang membanjiri ruangan komen.

Ada yang berseloroh ingin turut serta menikmati hidangan, bahkan menawarkan diri menjadi anak angkat keluarga Danial.

Dalam masa sama, ramai juga yang mengenang kembali memori semasa zaman belajar dan sebelum berkahwin ketika bersama-sama rakan menikmati zaman remaja.

Shalfarina yang juga penjual nasi kandar, bersyukur kerana dapat berkongsi rezeki dan melihat anak dan rakan-rakannya dapat menikmati hidangan dengan suasana yang diinginkan.

Pemilik Tiktok Ciksal81 itu turut berkongsi potongan hadis yang menuntut kita melayani dan menyantuni tetamu sebagai salah satu sunnah Nabi Muhammad SAW yang amat digalakkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang